PEMBANGUNAN DAN PERATURAN GLOBAL DI NEGARA-NEGARA EROPAH DAN ASIA

Authors

  • Noraniza Yusoff School Of Government, UUM COLGIS, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, Mal

Abstract

Pembangunan di dunia dapat dipengaruhi melalui beberapa medium seperti interaksi dengan pembuat dasar, program bantuan antarabangsa dan peraturan antarabangsa. Kepatuhan negara-negara di dunia kepada peraturan antarabangsa dapat mengurangkan kesan negatif dalam pembangunan di negara tersebut. Persoalan kegagalan penguatkuasaan peraturan banyak berlaku di negara kurang maju yang dikaitkan dengan model peraturan yang kurang sempurna. Di samping itu, koordinasi sektor pembangunan dalam aspek kemoralan manusia yang berkaitan dengan peraturan dapat membantu mengatasi masalah kemiskinan dan adalah merupakan pendekatan meso yang difokuskan di peringkat global serta syarikat individu. Oleh itu, kertas konsep ini bertujuan untuk menganalisis pembangunan dan peraturan global di negara-negara Eropah dan Asia. Penelitian menunjukkan terdapat pelbagai penyelesaian masalah keupayaan peraturan yang dialami oleh negara sedang membangun seperti insentif pelaksanaan kod dan piawai semasa berlaku tekanan pasaran dan skim sukarela untuk menyediakan maklumat yang boleh dipercayai dan standard. Oleh itu, kerajaan memainkan peranan untuk menubuhkan matlamat sosial, memfokuskan kepada kebebasan masyarakat sivil, merancang serta mentadbir negara, meningkatkan kemajuan negara dan menghasilkan peraturan yang efektif. Peraturan dalam pentadbiran dan pembangunan mempunyai kesan penting kepada prosedur pentadbiran dan pembangunan kerana peraturan boleh didefinisikan sebagai efektif apabila kesan yang diinginkan telah dicapai serta kepentingan umum yang mencipta peraturan yang diinginkan dan peraturan yang berfungsi. Di samping itu, pengurusan sumber manusia berasaskan hak dapat mencipta pengagihan semula dan pembangunan dalam ekonomi duaan (dual economy) yang semula dan pembangunan dalam ekonomi duaan (dual economy) yang menyebabkan peraturan penggunaan dapat menghasilkan sewa yang boleh membiayai peruntukan tenaga kerja untuk pengeluaran yang bebas sumber.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Noraniza Yusoff. (2024). PEMBANGUNAN DAN PERATURAN GLOBAL DI NEGARA-NEGARA EROPAH DAN ASIA . INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 5(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2093