GEOPOLITIK NEGERI JOHOR DAN PRESTASI PARTI POLITIK DALAM PILIHAN RAYA UMUM DUN JOHOR 2022

Authors

  • Junaidi Awang Besar Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains Sosial dan Kemanu
  • Mohd Fuad Mat Jali Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains Sosial dan Kemanu
  • Syahruddin Hj Awg Ahmad Program Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, 88400, Kota Kin
  • Fauzie Sarjono Program Hubungan Industri, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, 88400, K
  • Mohamad Haziq Ikhsan Mohd Rudzainor Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah, 88400, Kota Kinaba
  • Aajirah Hanim Abdul Halim Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains Sosial dan Kemanu
  • Mohd Syukri Zainuddin Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains Sosial dan Kemanu
  • Ahmad Aiman Noor Azman Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains Sosial dan Kemanu
  • Muhammad Yusuf Idris Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains Sosial dan Kemanu

Abstract

Politik Negeri Johor bergolak apabila Menteri Besar Johor bertindak menyerahkan warkah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kepada Baginda Sultan Johor yang mendapat perkenan Baginda pada 22 Januari 2022 untuk diadakan pilihan raya DUN baru bagi mewujudkan sebuah Kerajaan Negeri yang stabil. Pilihan raya yang diadakan pada 12 Mac 2022 tersebut dianggap sebagai kontroversi kerana diadakan dalam keadaan penularan wabak pandemik COVID-19 yang belum pulih sebaiknya dan keadaan ekonomi rakyat yang tidak mengizinkan. Namun pilihan raya ini dapat dijadikan sebagai kayu ukur bagi prestasi parti politik menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang di samping merupakan pilihan raya pertama yang melibatkan undi-18. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis geopolitik Negeri Johor dan prestasi parti politik dalam Pilihan Raya Umum DUN Johor 2022. Berdasarkan analisis data keputusan PRU DUN Johor 2022, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi pilihan raya tersebut dengan jumlah kerusi DUN yang memberangsangkan namun Perikatan Nasional (PN) turut memberi cabaran yang hebat terutamanya di kawasan majoriti pengundi etnik Melayu manakala Pakatan Harapan (PH) terus mendominasi kawasan bandar majoriti etnik Cina. Parti-parti politik lain sekadar memenuhi tuntutan demokrasi dan memeriahkan suasana kempen pilihan raya. Pilihan raya ini juga menyaksikan jumlah peratus keluar mengundi menurun kepada hanya 54.92 peratus. Justeru, pilihan raya ini masih belum dapat dijadikan indikator sokongan pengundi pada PRU-15 kerana peratus keluar mengundi yang rendah di samping isu besar yang boleh muncul secara tiba-tiba menuru PRU-15 nanti.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Syahruddin Hj Awg Ahmad, Fauzie Sarjono, Mohamad Haziq Ikhsan Mohd Rudzainor, Aajirah Hanim Abdul Halim, Mohd Syukri Zainuddin, Ahmad Aiman Noor Azman, & Muhammad Yusuf Idris. (2024). GEOPOLITIK NEGERI JOHOR DAN PRESTASI PARTI POLITIK DALAM PILIHAN RAYA UMUM DUN JOHOR 2022. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2193