PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DUN SLIM, PERAK 2020: STATUS QUO GEOPOLITIK BN DI ERA PENULARAN WABAK PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Junaidi Awang Besar Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran; Fakulti Sains Sosial dan Kemanu

Abstract

Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim, Perak 2020 merupakan PRK yang kedua iaitu yang ke 12 selepas PRU-14 diadakan dalam keadaan penularan wabak pandemik COVID-19 masih berlaku namun menuju pemulihan. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandang ADUN Slim iaitu Dato’ Seri Mohd. Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai 2020 kerana serangan jantung. Kawasan DUN Slim yang terletak dalam Parlimen Tanjung Malim, Perak boleh dikategorikan sebagai kubu terkuat BN/UMNO kerana hanya BN/UMNO yang menang di kawasan DUN tersebut sepanjang 14 kali pilihan raya. Kawasan ini berdemografikan majoriti 84 peratus pengundi Melayu yang dilingkungi kawasan luar bandar merangkumi kawasan skim FELDA, perkampungan tradisi Melayu, estet India dan pekan Cina. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis status quo geopolitik BN di era penularan wabak pandemik COVID-19 dalam PRK DUN Slim, Perak 2020. Berdasarkan analisis data keputusan PRK DUN Slim 2020, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan, dapatan kajian menunjukkan bahawa kemenangan BN/UMNO dalam PRK tersebut sudah dijangka kerana kawasan tersebut merupakan kubu kuat BN/UMNO, tiada parti politik besar yang bertanding, kestabilan dibawah teraju BN, keamanan dibawah pemerintahan BN, geopolitik etnik Melayu bersama BN/UMNO, sokongan pengundi teras iaitu daripada orang UMNO, calon BN yang dikenali dan merupakan anak tempatan serta kadar keluar mengundi yang rendah. Justeru, pilihan raya ini menunjukkan BN/UMNO masih popular di kawasan tersebut dengan mencapai kemenangan yang besar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

24-09-2024

How to Cite

Junaidi Awang Besar. (2024). PILIHAN RAYA KECIL (PRK) DUN SLIM, PERAK 2020: STATUS QUO GEOPOLITIK BN DI ERA PENULARAN WABAK PANDEMIK COVID-19. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2194