FAKTOR-FAKTOR PENINGKATAN KADAR HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT DAN IMPLIKASI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA
Abstract
Saban tahun, kadar kes harta pusaka yang tidak dituntut kian meningkat di Malaysia. Peningkatan masalah harta pusaka beku ini menimbulkan pelbagai isu dan menjadi semakin sukar untuk diselesaikan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada isu harta pusaka yang tidak dituntut ini; antaranya adalah sikap ahli waris dalam pengurusan harta pusaka milik mereka dan proses pentadbiran harta pusaka di Malaysia. Akibat daripada harta pusaka yang tidak dituntut akan memberikan implikasi buruk terhadap masyarakat Islam di negara ini. Oleh sebab itu, kajian ini akan menganalisis faktor berlakunya isu harta pusaka yang tidak dituntut dan implikasinya terhadap agama Islam, ekonomi dan perundangan negara. Metodologi yang akan digunakan adalah kajian kualitatif yang menggunakan analisis sumber sekunder iaitu buku, makalah jurnal, keratan akhbar dan laman sesawang berkaitan isu harta pusaka yang tidak dituntut ini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Siti Fadhilah Ghazali, Naimah Abu Kasim, & Nabilah Wafa’ Mohd Najib. (2024). FAKTOR-FAKTOR PENINGKATAN KADAR HARTA PUSAKA TIDAK DITUNTUT DAN IMPLIKASI TERHADAP MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 8(34). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2349
Issue
Section
Articles