ISU UNDANG-UNDANG PENGINAPAN KEDIAMAN JANGKA PENDEK (STRA) DI MALAYSIA: PENGAJARAN DARIPADA NEGARA-NEGARA ASING
Abstract
Aktiviti yang dirujuk sebagai Perkhidmatan Penginapan Kediaman Jangka Pendek (STRA) termasuklah pengendalian sewa jangka pendek dan menyenaraikan tempat tinggal tuan milik di platform digital seperti Airbnb, Agoda, iBilik, dan Booking.com. Walau bagaimanapun, perkhidmatan STRA ini telah menimbulkan isu yang berkaitan dengan undang-undang seperti perlesenan, pendaftaran perniagaan, masalah keselamatan dan gangguan keamanan kehidupan kepada kejiranan. Pada masa kini, tiada undang-undang khusus mengenai kawalan STRA, terutamanya Airbnb di Malaysia. Oleh itu, kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini menggunakan analisis dokumen terutamanya undang-undang yang berkaitan di Malaysia dan di beberapa negara pilihan. Adalah disarankan agar suatu perundangan khusus perlu diwujudkan bagi mengawal selia perkhidmatan STRA demi kepentingan para tuan milik hartanah, para pelancong dan masyarakat sejagat.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
24-09-2024
How to Cite
Wong Hua Siong, & Chung Kwok Whee. (2024). ISU UNDANG-UNDANG PENGINAPAN KEDIAMAN JANGKA PENDEK (STRA) DI MALAYSIA: PENGAJARAN DARIPADA NEGARA-NEGARA ASING . INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC), 9(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijlgc/article/view/2371
Issue
Section
Articles