APLIKASI PEMODELAN PERSAMAAN STRUKTUR DALAM MENGKAJI TANGGUNGJAWAB POLITIK PELAJAR IPTA
Keywords:
Pelajar, Universiti Penyelidikan, Tanggungjawab Politik, Literasi Politik, Pemodelan Persamaan StrukturAbstract
Pandangan dan pendapat pelajar IPTA mampu merubah landskap politik dan pentadbiran negara pada masa hadapan. Kajian ini mengkaji tanggungjawab politik pelajar IPTA yang didefinisikan sebagai tindakan keluar mengundi semasa pilihan raya kampus dan status pendaftaran sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sampel kajian adalah daripada lima buah Universiti Penyelidikan (UP) dengan jumlah 1349 orang pelajar dan diperoleh daripada Institut Kajian Etnik (KITA). Tujuan kajian adalah untuk membangunkan satu model awal tanggungjawab politik pelajar. Kaedah analisis yang digunakan adalah pemodelan persamaan struktur. Hasil analisis menunjukkan analisis faktor pengesahan menunjukkan data kajian sepadan dengan empat pemboleh ubah pendam tanggungjawab politik iaitu media, persepsi, penglibatan dan literasi politik. Tanggungjawab politik paling dipengaruhi oleh literasi politik selain daripada persepsi dan penglibatan.