SENARIO DAN DILEMA KERJA PERSAWAHAN SERTA TINDAKAN KUASA TADBIR NEGERI DALAM ERA PENDUDUKAN JEPUN DI KEDAH (1941-45)

SCENARIO AND DILEMMA OF FARMING WORK AND ACTIONS OF STATE ADMINISTRATION AUTHORITY IN THE ERA OF JAPANESE OCCUPATION IN KEDAH (1941-45)

Authors

  • Mohd Kasri Saidon Universiti Utara Malaysia
  • Zolkefli Bahador Universiti Utara Malaysia

Keywords:

Jepun, kedah, Beras, Pesawah, Sosial

Abstract

Artikel ini adalah ulasan dan paparan tentang dua aspek yang berlaku dalam masa pendudukan tentera Jepun di Kedah iaitu kisah kerja penghasilan beras dan pentadbiran Kedah. Kedah telah sedia menjadi medan bekalan beras utama untuk seluruh Tanah Melayu. Ia merupakan produk utama Kedah dan menjadi identiti pengenalan negeri tersebut. Di bawah kuasa Jepun penumpuan usaha bersawah di Kedah begitu ditekankan. Langkah ini juga bertujuan bagi mencapai matlamat misi perluasan kuasa Jepun di seluruh Asia khususnya dalam bekalan makanan bagi perajurit mereka. Sejarah membuktikan Kedah masih boleh menghasilkan bekalan beras walaupun berlaku kekurangan lantaran dari gangguan rentak kehidupan sosial ketika itu yang tidak meransang kepada produktiviti seperti di zaman British. Tatacara tadbir pentadbiran tentera Jepun yang dilihat menekan pesawah juga merupakan antara penyebab hal sebegini berlaku. Pihak Jepun dilihat cuba mengadakan beberapa pelan langkah pembaikan bagi memakmurkan produktiviti namun ia tidak begitu meluas sambutannya. Jabatan Pertanian yang diketuai oleh anak tempatan juga dilihat tidak berupaya melonjak daya lebih produktif dalam usaha bersawah ini sebagaimana sebelum perang. Situasi sosial yang menekan menjadikan pertanian kembali pada saradiri.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-17

How to Cite

Mohd Kasri Saidon, & Zolkefli Bahador. (2024). SENARIO DAN DILEMA KERJA PERSAWAHAN SERTA TINDAKAN KUASA TADBIR NEGERI DALAM ERA PENDUDUKAN JEPUN DI KEDAH (1941-45): SCENARIO AND DILEMMA OF FARMING WORK AND ACTIONS OF STATE ADMINISTRATION AUTHORITY IN THE ERA OF JAPANESE OCCUPATION IN KEDAH (1941-45). INTERNATIONAL JOURNAL OF POLITICS, PUBLIC POLICY AND SOCIAL WORK (IJPPSW), 4(12). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijppsw/article/view/1637