SIGNIFIKASI STRUKTUR SOSIAL KELUARGA DAN HUBUNGAN PERSAHABATAN DALAM MEMPENGARUHI PENGALAMAN EKSPATRIASI AHLI AKADEMIK UNIVERSITI AWAM MALAYSIA
Abstract
Signifikasi struktur keluarga dan hubungan persahabatan adalah vital dalam mempengaruhi pengalaman ekspatriasi golongan ekspatriat. Keluarga didefinisikan sebagai sekumpulan individu yang mempunyai ikatan persaudaraan melalui perkahwinan mahupun keturunan yang hidup bersama-sama menjalin kehidupan dipimpin oleh ketua keluarga dan dianggotai oleh pasangan hidup, anak-anak dan keluarga terdekat. Manakala hubungan persahabatan merujuk jaringan sosial yang baik dengan warga kerja tempatan dalam menjana persekitaran kondusif di tempat kerja. Kajian ini mengkaji pengalaman ekspatriat berinisiatif sendiri dalam menempuhi ekspatriasi dengan pengaruh keluarga dan sokongan hubungan persahabatan. Persoalan yang diutarakan adalah sama ada ekspatriat yang menghadapi kurang konflik antara kerja dan kehidupan berkecenderungan untuk membawa aspek positif kehidupan harian yang lahir dari sistem keluarga yang kukuh ke tempat kerja. Pemilihan kajian kes sebagai reka bentuk kajian adalah untuk mempelopori secara mendalam berlaku sesuatu peristiwa yang dikaitkan dengan jalinan interaksi persekitaran sesuatu unit sosial yang terdiri dari orang perorangan, kelompok tertentu, organisasi ataupun masyarakat tempatan. Penyelidikan dilaksanakan dengan mengutilasikan kaedah kualitatif temu bual mendalam terhadap 30 ahli akademik ekspatriat yang dipilih dari empat buah universiti awam Malaysia. Pentafsiran ahli keluarga terhadap makna pengalaman ekspatriasi yang ditempuhi memberi kewajaran bagi ekspatriat untuk kekal berada di negara tuan rumah. Manakala sokongan moral dari persahabatan memberi indikasi positif terhadap prestasi yang ditunjukkan oleh ekspatriat dalam konteks kerja sepanjang melaksanakan tugasan antarabangsa.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Irma Wani Othman. (2024). SIGNIFIKASI STRUKTUR SOSIAL KELUARGA DAN HUBUNGAN PERSAHABATAN DALAM MEMPENGARUHI PENGALAMAN EKSPATRIASI AHLI AKADEMIK UNIVERSITI AWAM MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF POLITICS, PUBLIC POLICY AND SOCIAL WORK (IJPPSW), 1(3). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijppsw/article/view/4039
Issue
Section
Articles