FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN PENGASINGAN BAHAN SISA PEPEJAL DALAM KALANGAN ISI RUMAH: KAJIAN KES DI SELANGOR

Authors

  • Nor Syamaliah Ngah Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Malaysia

Abstract

Malaysia, sebagai salah satu negara yang komited untuk mencapai 17 Matlamat Pembangunan Kelestarian (SDG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), telah menetapkan untuk mencapai matlamat tersebut menjelang 2030. Salah satu usaha yang dijalankan adalah dengan melalui Inisiatif Pengasingan Sumber (SSI) di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dilancarkan dan mula berkuat kuasa pada bulan September 2015 yang mana isi rumah Malaysia diminta untuk mengambil bahagian dengan mengamalkan pengasingan sisa pepejal di rumah. Walaupun terdapat pelbagai kesan negatif terhadap pengurusan sisa yang tidak tersusun, banyak kajian lepas hanya membincangkan faktor niat dan amalan kitar semula di kalangan isi rumah berbanding amalan pengasingan sisa pepejal. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengetengahkan peranan motivasi intrinsik dalam mempengaruhi tingkah laku pengasingan sisa pepejal dengan menggunakan Teori Perilaku Terancang (TPB) sebagai kerangka. Satu kajian soal selidik telah dilakukan dalam kalangan penduduk unit kediaman di negeri Selangor, dan sejumlah 361 borang soal selidik telah dikembalikan. Perisian Smart PLS digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua pemboleh ubah yang merangkumi sikap, norma subjektif, dan kawalan tingkah laku mempunyai hubungan signifikan dalam meramalkan tingkah laku pengasingan sisa pepejal. Berdasarkan hasil kajian ini, cadangan diutarakan untuk mendorong tingkah laku pengasingan sisa pepejal dalam kalangan isi rumah. Selain itu, kajian ini memberi sumbangan besar kepada pengetahuan mengenai tingkah laku isi rumah dalam mengamalkan pengasingan sisa pepejal. Dari sudut praktikal, kajian ini sangat penting bagi pihak berkuasa tempatan di Malaysia dan seluruh dunia untuk mendorong penglibatan isi rumah mengasingkan sisa pepejal bagi melindungi dan menjaga alam sekitar serta mengurangkan pencemaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nor Syamaliah Ngah. (2024). FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AMALAN PENGASINGAN BAHAN SISA PEPEJAL DALAM KALANGAN ISI RUMAH: KAJIAN KES DI SELANGOR. INTERNATIONAL JOURNAL OF POLITICS, PUBLIC POLICY AND SOCIAL WORK (IJPPSW), 4(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijppsw/article/view/4052