SEPINTAS LALU TENTANG HOME GUARD (HG) DI KEDAH DAN PENGUKUHAN PERJALANAN KERJANYA DI ERA DARURAT
Abstract
Artikel ini mengupas tentang Home Guard (HG) yang merupakan satu pasukan pertahanan yang melibatkan penglibatan rakyat umum sebagai tulang belakangnya. HG diperkenalkan di Tanah Melayu dalam era darurat (1948-60), beroperasi secara aktif dalam tahun 1950. Kandungan penulisan ini adalah tentang HG di Kedah, memandangkan Kedah adalah antara negeri yang hebat diancam pihak Parti Komunis Malaya (PKM) dalam episod darurat. Artikel ini mengutarakan beberapa aspek yang dibuat oleh pihak kerajaan semasa itu bagi mengukuhkan perjalanan kerja HG. Pasukan ini diperkemaskan dengan susunan tadbir yang lebih mantap untuk menjadikan HG sebagai benteng pertahanan yang kedua bagi melawan Komunis ketika itu. Ini termasuk penglibatan pegawai dagang dari luar Tanah Melayu dan pemantapan bagi pegawai dalam negeri. Artikel ini juga memaparkan tentang kebajikan anggota pasukan yang dilakukan semasa keaktifan HG. Tidak dapat lari juga artikel ini menyentuh tentang aspek kepimpinan yang dilihat menjadi teras kepada keutuhan perjalanan kerja HG. Kesemua isi penulisan ini adalah dari sumber utama umumnya dari fail Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK) serta temubual dengan beberapa responden bagi pengukuhan fakta dan ulasan. Secara umumnya HG telah memainkan peranannya dengan baik dan penyertaan rakyat adalah langkah bijak di pihak kerajaan bagi memerangi komunis.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohd Kasri Saidon, & Zolkefli Bahador. (2024). SEPINTAS LALU TENTANG HOME GUARD (HG) DI KEDAH DAN PENGUKUHAN PERJALANAN KERJANYA DI ERA DARURAT. INTERNATIONAL JOURNAL OF POLITICS, PUBLIC POLICY AND SOCIAL WORK (IJPPSW), 4(11). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijppsw/article/view/4053
Issue
Section
Articles