CIRI KAREKTER GENDER DALAM KEPIMPINAN POLITIK

Authors

  • Junaidi Awang Besar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Siti Marziah Zakaria Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Azahah Abu Hassan Shaari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Norhayati Alias Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Surendran A/L Rajaratnam Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kepimpinan Politik, Institusi Politik, Gender, Berani, Suka Membantu

Abstract

Kepimpinan politik yang baik dan berkesan penting bagi mewujudkan organisasi atau institusi politik yang kuat dan berkredibiliti. Ini kerana pengurusan yang baik bergantung kepada kepimpinan politik yang mantap, diyakini dan dipercayai. Isu gender dalam kepimpinan menjadi perbincangan hangat dalam kalangan ahli politik dan masyarakat. Namun lelaki baik perempuan sebagai pemimpin mempunyai kekuatan masing-masing dan di peringkat dunia terbukti bahawa kepimpinan negara diterajui kedua-dua jantina. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis ciri karekter gender dalam kepimpinan politik. Data kajian ini dihasilkan melalui 399 orang responden daripada soal selidik, 5 orang informan temu bual dan pemerhatian di lapangan di negeri terpilih di Malaysia mengikut wilayah iaitu di Selangor bagi wilayah Barat, Kedah untuk wilayah Utara dan Kelantan untuk wilayah Timur. Hasil kajian mendapati bahawa bagi kepimpinan lelaki, majoriti responden menyatakan ciri berani paling dominan kepada jantina tersebut manakala bagi kepimpinan wanita, majoriti responden menyatakan ciri suka membantu dominan bagi mereka. Bagi kriteria yang perlu ada pada seorang pemimpin, kriteria adil paling penting bagi seseorang pemimpin. Bagi pernyataan umum mengenai politik wanita, majoriti responden bersetuju bahawa penyertaan wanita dalam politik boleh ditingkatkan lagi jika adanya sokongan daripada semua pihak. Justeru, lelaki dan wanita saling melengkapi dalam memastikan kepimpinan politik berada dalam keadaan baik, stabil dan cemerlang dari semasa ke semasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Junaidi Awang Besar, Siti Marziah Zakaria, Azahah Abu Hassan Shaari, Norhayati Alias, & Surendran A/L Rajaratnam. (2024). CIRI KAREKTER GENDER DALAM KEPIMPINAN POLITIK. INTERNATIONAL JOURNAL OF POLITICS, PUBLIC POLICY AND SOCIAL WORK (IJPPSW), 6(14). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijppsw/article/view/4264