PROSEDUR STANDARD PEMANTAUAN PERNIAGAAN MAKANAN SECARA DALAM TALIAN SEMASA PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Khairiah Mohd Yassin Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Syed Sultan Bee Packeer Mohamed Universiti Utara Malaysia (UUM)

Keywords:

Prosedur Pemantauan, Remote Audit, Perniagaan Makanan Dalam Talian, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah

Abstract

Bersih, selamat dan berkualiti merupakan asas keselamatan makanan yang perlu diberi penekanan serius oleh semua pihak sama ada di peringkat pengusaha, pengendali, penganjur, penghantar mahupun pembeli makanan. Setiap pihak terlibat merupakan entiti utama dalam rantaian makanan bertujuan memastikan keselamatan makanan di Malaysia dapat diperkasakan dari masa ke masa. Namun persoalannya ialah siapakah pihak bertanggungjawab dalam memantau keselamatan makanan terutamanya melibatkan penjualan produk makanan secara dalam talian khususnya di Kedah. Ini kerana semasa era pandemik Covid-19 menyaksikan pelbagai jenis produk makanan dijual secara digital seumpama cendawan tumbuh selepas hujan. Justeru, dalam menelusuri isu tersebut kajian ini mengemukakan dua objektif berikut. Pertama, meneliti konsep serta prosedur pemantauan, dan keduanya ialah menganalisis prosedur pemantauan perniagaan makanan secara dalam talian oleh pihak penguat kuasa bertanggungjawab. Metode kajian menggunakan kaedah kualitatif dengan mengimplemenkan kajian kepustakaan dan temu bual separa terbuka dalam proses pengumpulan data dan fakta kajian. Kaedah analisis data pula berasaskan analisis tekstual dan dokumen terhadap data yang diperolehi daripada dokumen kepustakaan dan prosedur temu bual yang dilaksanakan. Dapatan awal kajian memperolehi prosedur pemantauan terhadap penjualan dan perniagaan makanan secara dalam talian sepanjang pandemik Covid-19 dilaksanakan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwartakan pada April 2020. Implikasi kajian ini diperhalusi dapat mengetengahkan peranan sebenar penguat kuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia amnya dan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah khasnya kepada khalayak umum yang melibatkan prosedur pemantauan keselamatan rantaian makanan di peringkat persekutuan mahupun negeri semasa era pandemik Covid-19.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2022-09-07

How to Cite

Khairiah Mohd Yassin, & Syed Sultan Bee Packeer Mohamed. (2022). PROSEDUR STANDARD PEMANTAUAN PERNIAGAAN MAKANAN SECARA DALAM TALIAN SEMASA PANDEMIK COVID-19. INTERNATIONAL JOURNAL OF SUPPLY CHAIN, OPERATION MANAGEMENT AND LOGISTICS (IJSCOL), 3(7), 01–12. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijscol/article/view/148