PERJANJIAN ASEAN MENGENAI PENCEMARAN JEREBU RENTAS SEMPADAN 2002: SATU TINJAUAN

Authors

  • Fadhilah Abdul Ghani Universiti Tenaga Nasional Sultan Haji Ahmad Shah Campus
  • Nor Izzati Nor Redzuan Universiti Tenaga Nasional Sultan Haji Ahmad Shah Campus
  • Nurul Farhanah Mohd Nasir UCSI University
  • Munirah Salamat Asia Pacific University

Keywords:

Jerebu, ASEAN, Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2002

Abstract

“Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2002” merupakan satu langkah untuk mengatasi masalah jerebu di negara-negara ASEAN. Setiap kali jerebu menyelubungi rantau ASEAN, rata-rata akan mempersoalkan bilakah Negara Indonesia akan meratifikasi perjanjan tersebut. Pada 14 Oktober 2014 dan dengan kelulusan Ketua Setiausaha ASEAN pada 20 Januari 2015, akhirnya perjanjian tersebut telah diratifikasi oleh Negara Indonesia. Ramai yang meramalkan episod jerebu bakal berakhir apabila Negara Indonesia meratifikasi perjanjian tersebut. Namun, episod jerebu masih berlaku. Oleh itu, makalah ini akan menganalisa Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan 2002 bagi merungkai kelemahan yang terdapat di dalam perjanjian tersebut dan cadangan penyelesaian yang bagi mengatasi kelemahan yang ada. Data akan dikumpulkan daripada peruntukan undang-undang, jurnal, dan rujukan elektronik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-17

How to Cite

Fadhilah Abdul Ghani, Nor Izzati Nor Redzuan, Nurul Farhanah Mohd Nasir, & Munirah Salamat. (2024). PERJANJIAN ASEAN MENGENAI PENCEMARAN JEREBU RENTAS SEMPADAN 2002: SATU TINJAUAN. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 3(12). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/1496