KELESTARIAN PENANAMAN KELAPA SAWIT TERHADAP PENSIJILAN MSPO DALAM KALANGAN PEKEBUN KECIL SAWIT DI LAHAD DATU, SABAH
Keywords:
Pekebun Kecil Sawit, Pensijilan MSPO, Amalan Pertanian Baik, Penglibatan Agensi Dan OrganisasiAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kelestarian penanaman kelapa sawit dalam kalangan para pekebun kecil di Lahad Datu terhadap persijilan MSPO. Sebanyak 300 orang pekebun kecil sawit di Lahad Datu, Sabah ditemubual menggunakan satu set borang soal-selidik. Hasil analisis kajian ini menunjukkan para pekebun sawit kecil mempunyai kesedaran terhadap Persijilan MSPO. Walaupun para pekebun kecil mempunyai kesedaran perlunya memiliki persijilan MSPO, mereka tidak mempunyai persijilan tersebut. Kesedaran memiliki pensijilan MSPO dapat meningkatkan kualiti persekitaran, di samping berupaya meningkatkan kecekapan pengeluaran dan produktiviti tanaman sawit mereka. Namun, pengurusan ladang oleh pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang sering mengalami perubahan dan borang permohonan yang banyak perlu diisi menjadi sebab utama para pekebun kecil sawit tidak mendapatkan pensijilan MSPO tersebut. Langkah-langkah strategik dan program-program kesedaran berkaitan kepentingan pensijilan MSPO dan berkaitan penanaman kelapa sawit perlu direncana dengan lebih meluas oleh pihak MPOB, di samping memperkenalkan permohonan pensijilan yang berkonsepkan mesra pelanggan/pengguna, sistematik dan berinovasi bagi menarik lebih ramai pekebun kecil sawit mendapatkan pensijilan MSPO tersebut, sejajar dengan usaha kerajaan mengoptiumkan pengeluaran sawit yang berkualiti tinggi pada masa akan datang.