CIRI-CIRI DAN PERKHIDMATAN RUMAH BOT SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI TASIK KENYIR, TERENGGANU
Abstract
Rumah bot adalah salah satu tarikan pelancongan di Tasik Kenyir, Terengganu. Ciri-ciri yang unik dan ciri perkhidmatan yang dtawarkan tidak banyak didokumentasi sebagai hasil penyelidikan. Hal ini mendorong kajian tentang rumah bot dilakukan. Untuk itu, objektif kajian ini adalah (i) mengenal pasti ciri-ciri rumah bot sebagai tarikan pelancongan di Tasik Kenyir dan (ii) meneliti ciri-ciri perkhidmatan yang ditawarkan oleh rumah bot kepada pelancong yang berkunjung ke Tasik Kenyir. Reka bentuk kajian ini adalah eksplorasi dan pendekatan yang diguna adalah kaedah kualitatif menerusi temu bual mendalam disokong dengan pemerhatian. Seramai lapan orang informan daripada kalangan pengusaha dan pekerja rumah bot terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati ciri-ciri rumah bot adalah unik kerana mempunyai kemudahan yang lengkap seperti yang terdapat dalam sebuah rumah. Antara kemudahan yang disediakan adalah ruang tamu, bilik tidur, ruang dapur, tandas / bilik air, ruang babeque dan jaket keselamatan. Untuk ciri perkhidmatan rumah bot pula melibatkan jenis pakej yang disediakan, harga sewaan, mod tempahan dan tempoh tempahan termasuk kaedah pembayaran perkhidmatan rumah bot. Sebagai rumusannya, kajian fundamental tentang rumah bot sebagai tarikan pelancongan di Tasik Kenyir ini adalah relevan untuk tujuan dokumentasi dan rujukan pelbagai pihak sama ada pembuat dasar, pengusaha rumah bot mahupun penyelidik.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Jabil Mapjabil, Nurul Fatehah Abdul Rashid, Mazdi Marzuki, Mohamad Pirdaus Yusoh, Jeannet Stephen, Datu Razali Datu Eranza, Nor-Ina Kanyo, Christina Andin, Noorziah Mohd Salleh, & Rosmiza M.Z. (2024). CIRI-CIRI DAN PERKHIDMATAN RUMAH BOT SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI TASIK KENYIR, TERENGGANU. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(24). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2390
Issue
Section
Articles