COVID-19: IMPAK PANDEMIK TERHADAP KONFLIK EMOSI DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – SATU KAJIAN LITERATUR

Authors

  • Siti Aisyah Mohamad Zin Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kewarganegaraan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Raja Nurul Hafizah Raja Ismail Jabatan Pendidikan dan Pembangunan Insan, Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Pahang Sul
  • Wan Nur Ainna Waheda Rozali Jabatan Pendidikan dan Pembangunan Insan, Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Pahang Sul
  • Nor Kalsum Mohd Isa Jabatan Geografi dan Alam Sekitar, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Pandemik COVID-19 merupakan isu utama yang menjadi perhatian masyarakat dunia pada masa ini dan World Health Organization (WHO) mencatatkan jumlah kes melebihi 200 juta orang diseluruh dunia. Penularan wabak COVID-19 memberikan impak yang besar dalam kalangan masyarakat dunia khususnya di Malaysia, dari aspek sosioekonomi sehinggalah membawa kepada isu kesihatan mental. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada rakyat Malaysia adalah bertujuan untuk memutuskan rantaian wabak dengan membuat penjarakan sosial yang bermula 18 Mac 2020 telah mengubah corak kehidupan rakyat terutamanya remaja. Jika tidak diurus dengan baik, ia boleh membawa kepada konflik emosi seperti kemurungan, punca stres, kebimbangan dan serangan panik jika dibiarkan berlarutan bahkan boleh mempengaruhi kesihatan mental remaja. Terdapat banyak kajian-kajian terkini berkenaan pandemik COVID-19 telah dijalankan oleh pengkaji dari seluruh dunia. Wabak COVID-19 juga turut memberi kesan kepada sektor pendidikan di negara ini. Pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dijalankan seperti biasa sehingga memerlukan belajar dari rumah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu platform baru untuk membantu para pelajar bagi meneruskan sistem pembelajaran melalui pembelajaran secara atas talian. Pembelajaran secara atas talian mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Pada zaman yang mencabar ini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam mengalami transformasi ke arah yang lebih maju dan bersistematik. Oleh kerana itu, pembelajaran atas talian merupakan jalan yang terbaik bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka walaupun mereka berada di rumah masing-masing. Namun begitu, pelaksanaan pembelajaran secara atas talian berpotensi untuk menjejaskan kesihatan mental pelajar seperti rasa tertekan, takut, cemas, bimbang dan murung akibat tidak dapat mengimbangi penggunaan komputer semasa pembelajaran dan untuk menyiapkan tugasan serta masalah data internet. Hasil kajian World Health Organization (WHO) mendapati jumlah mangsa yang mengalami penyakit kemurungan di serata dunia dianggarkan mencecah 300 juta orang dan rata-rata adalah remaja. Perkara ini adalah pembunuh senyap pada generasi ini yang merupakan tonggak dan harapan negara, maka sewajarnya perlu diberikan perhatian dan rawatatan. Kajian kepustakaan melalui kaedah analisis kandungan digunapakai dalam penulisan ini bagi melihat cabaran dan solusi kepada pemulihan konflik emosi dan kesihatan mental. Justeru penulisan ini bertujuan untuk melihat cabaran dari wabak ini meneroka secara ilmiah tentang impak COVID-19 terutamanya dari sudut emosi dan kesihatan mental serta impak terhadap sistem pendidikan negara. Sikap “cegah sebelum parah†adalah amat kritikal dan perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat ketika berhadapan dengan cabaran yang semakin hebat ketika COVID-19 ini. Melalui pemahaman terhadap kesan emosi, langkah pencegahan dan pendekatan yang bersesuaian dapat dilaksanakan agar konflik emosi dapat dirawat bagi menyelamatkan remaja dan seterusnya dapat menjamin kesejahteraan individu yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Siti Aisyah Mohamad Zin, Raja Nurul Hafizah Raja Ismail, Wan Nur Ainna Waheda Rozali, & Nor Kalsum Mohd Isa. (2024). COVID-19: IMPAK PANDEMIK TERHADAP KONFLIK EMOSI DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – SATU KAJIAN LITERATUR. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(25). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2392