MODEL UNJURAN GUNA TENAGA DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN DI NEGERI PAHANG: SATU KAJIAN KES

Authors

  • Ezanee Mohamed Elias Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik, UUM, 06010 Sintok, Kedah
  • Noor Hidayah Abu Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik, UUM, 06010 Sintok, Kedah
  • Nor Hasni Osman Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik, UUM, 06010 Sintok, Kedah
  • Alminnourliza Noordin Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik, UUM, 06010 Sintok, Kedah
  • Azhar Ahmad Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik, UUM, 06010 Sintok, Kedah
  • Sallehuddin Ishak Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Tingkat 2, Blok A, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan, Pahang

Abstract

Pahang adalah sebuah negeri yang sentiasa menggiatkan usaha pembangunan bagi memastikan kesejahteraan rakyatnya dalam mencapai sasaran menjadi sebuah negeri yang berdaya maju menjelang tahun 2050. Namun krisis pandemik Covid-19 telah menggugat kesejahteraan hidup penduduk dengan memberikan impak negatif terhadap landskap sosio-ekonomi keseluruhannya. Akibatnya, hampir semua sektor ekonomi dan sosial ditutup dan ini telah mengakibatkan para pekerja mengalami pengurangan gaji, pemberhentian kerja, dan seterusnya meningkatkan kadar pengangguran. Oleh yang demikian, kerajaan negeri perlu mengoptimumkan semua peluang yang ada, antaranya adalah melalui pengurusan sumber guna tenaga yang efisien dan efektif. Kajian ini merupakan satu kajian kes di bawah topik pengurusan sumber guna tenaga bagi kerajaan negeri Pahang. Matlamat utama kajian ini dilakukan adalah bagi menyokong kerajaan negeri Pahang dalam mengenal pasti unjuran sumber guna tenaga bagi tahun 2020-2025 khususnya dalam sektor perindustrian. Selain daripada itu, kajian ini juga berusaha membantu kerajaan negeri Pahang dengan mengenal pasti faktor-faktor berkaitan dengan perkembangan sektor perindustrian seiring dengan peningkatan sumber guna tenaga. Bagi merealisasikan objektif kajian, data sekunder digunakan sepenuhnya dalam penganalisaan data. Hasil dapatan daripada analisis data, ia mengunjurkan bahawa sumber guna tenaga di negeri Pahang akan bertambah sekitar 15,000 orang setahun dan akan mencecah sehingga mencapai 1.77 juta penduduk menjelang tahun 2025. Jumlah tenaga buruh juga bertambah dari 748,000 pada tahun 2021 kepada 767,300 orang pada tahun 2025 dengan Kadar Penyertaan Tenaga Buruh bersamaan 63.31%. Pada masa yang sama, unjuran juga merekodkan jumlah tenaga buruh luar meningkat kepada 42,400 orang walaupun pada masa yang sama jumlah penduduk yang bekerja meningkat kepada 733,600 orang. Kajian ini juga mengusulkan unjuran guna tenaga dalam sektor perindustrian dari tahun 2021 sehingga 2025. Adalah diharapkan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak berkepentingan kepada sektor perindustrian di negeri Pahang dapat menawarkan peluang pekerjaan yang berinovasi kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pertumbuhan sosio-ekonomi dan seterusnya mensejahterakan rakyatnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Ezanee Mohamed Elias, Noor Hidayah Abu, Nor Hasni Osman, Alminnourliza Noordin, Azhar Ahmad, & Sallehuddin Ishak. (2024). MODEL UNJURAN GUNA TENAGA DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN DI NEGERI PAHANG: SATU KAJIAN KES. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 6(26). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2412