PERSPEKTIF ISLAM TERHADAP TINGKAH LAKU HIJAU PEKERJA

Authors

  • Siti Rohana Daud Department of Management, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Malaysia
  • Nani Shuhada Sehat Department of Management, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Malaysia
  • Jumaelya Jogeran Department of Economic, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Malaysia
  • Intan Liana Suhaime Department of Management, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Malaysia
  • Khaizie Sazimah Ahmad Department of Economic, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Malaysia

Abstract

Peningkatan pemanasan global dan perubahan iklim telah menjadi masalah dunia yang telah lama dibimbangi, dan organisasi tempat kerja mungkin mempunyai elemen penyumbangnya sendiri. Justeru, kajian ini memfokuskan kepada konsep tingkah laku hijau pekerja (TLHP) yang menyumbang kepada kelestarian alam dengan penghasilan sesuatu yang mampan dan mesra alam, dan pada masa yang sama boleh meningkatkan prestasi kerja. Objektif kajian ini adalah untuk menerangkan konsep TLHP, mengenalpasti komponennya dan menghuraikannya menurut perspektif Islam. Kepentingan TLHP juga dikaji dan implikasinya sebagai keupayaan organisasi untuk terus berdaya saing di samping mengutamakan kelestarian alam. Data dikumpul melalui sorotan pembacaan dari hasil penyelidikan terdahulu berkaitan TLHP dan seumpamanya. Hasil penyelidikan terdahulu samada menurut perspektif Islam atau kontemporari juga didapati menjunjung tinggi dan optimis terhadap idea melaksanakan inisiatif TLHP di tempat kerja kerana ia telah menunjukkan hasil yang signifikan dalam perkembangan pekerja secara individu dari segi psikologi, emosi dan fizikal. Amalan TLHP ini perlu diintergrasikan dengan garis panduan yang dikemukakan di dalam ajaran Islam bagi menghasilkan kelestarian yang lebih holistik. Amalan TLHP ini memberi impak positif bukan sahaja kepada organisasi, tetapi kepada masyarakat dan dunia juga. Organisai pastinya perlu mempunyai dasar hijau di tempat kerja dan dipraktiskan secara aktif bukan hanya untuk penjimatan tenaga atau pendekatan pengurusan sumber yang berkesan, tetapi juga sebagai komitmen terhadap kelestarian alam sejagat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Siti Rohana Daud, Nani Shuhada Sehat, Jumaelya Jogeran, Intan Liana Suhaime, & Khaizie Sazimah Ahmad. (2024). PERSPEKTIF ISLAM TERHADAP TINGKAH LAKU HIJAU PEKERJA. JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 7(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2480