NARATIF ADAT PERKAHWINAN ETNIK SULUK DI DAERAH KUDAT, SABAH
Abstract
Etnik Suluk merupakan salah satu dari kelompok etnik yang terdapat di Kudat, Sabah dan memiliki status bumiputera yang diiktiraf sebagai peribumi Sabah. Sama seperti bangsa dan etnik lain, etnik Suluk memiliki keunikan tersendiri yang menggambarkan budaya etnik tersebut. Kajian ini bertujuan untuk membentangkan satu penceritaan secara umum tentang citra etnik Suluk serta adat perkahwinan yang diamalkan oleh mereka. Rekabentuk kajian adalah kualitatif melibatkan kaedah perpustakaan menerusi penelitian ke atas beberapa literatur terpilih serta kaedah temubual dengan 11 orang informan. Dapatan kajian menunjukkan adat perkahwinan etnik Suluk memiliki keunikan tradisi tersendiri. Oleh itu, artikel ini diharapkan dapat memberikan sedikit sebanyak gambaran tentang etnik Suluk serta adat perkahwinan mereka yang mewarnai corak kepelbagaian etnik dan budaya masyarakat di Sabah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Habibah @ Artini Ramlie, Earnie Elmie Hilmi, Saifulazry Mokhtar, & Mohd Sohaimi Esa. (2024). NARATIF ADAT PERKAHWINAN ETNIK SULUK DI DAERAH KUDAT, SABAH . JOURNAL OF TOURISM, HOSPITALITY AND ENVIRONMENT MANAGEMENT (JTHEM), 7(29). Retrieved from https://gaexcellence.com/jthem/article/view/2494
Issue
Section
Articles