BLOK BATIK UG: MENGINTEGRASI SIMBOL SEJARAH DAN NILAI INSTITUSI UNTUK MENJANA IDENTITI VISUAL
INTEGRATING HISTORICAL SYMBOLS AND INSTITUTIONAL VALUES IN THE DESIGN OF UG BATIK BLOCKS FOR VISUAL IDENTITY CONSTRUCTION
DOI:
https://doi.org/10.35631/JTHEM.1042006Keywords:
Batik, Blok Batik (Batik Block), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Identiti Visual (Visual Identity), Warisan Budaya (Cultural Heritage), Penjenamaan Institusi (Institutional Branding)Abstract
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah institusi pendidikan guru bersejarah dengan legasi lebih daripada satu abad yang telah melalui empat fasa pembangunan iaitu bermula sebagai Sultan Idris Training College (SITC, 1922–1977) kemudian Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI, 1977–1987) seterusnya Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI, 1987–1997) dan akhirnya menjadi UPSI sejak 1997. Setiap era mencerminkan kesinambungan tradisi keilmuan, nilai kebitaraan dan simbol warisan pendidikan kebangsaan. Kajian ini penting kerana mengadaptasi dan memvisualkan simbol, rupa bentuk bangunan serta ikon perlambangan legasi empat era tersebut sebagai asas reka cadang motif Batik Universiti Guru (Batik UG) UPSI sekali gus memperkukuh citra korporat universiti melalui medium warisan moden. Objektif kajian adalah mereka bentuk blok batik beridentiti visual UPSI berasaskan elemen sejarah, budaya dan nilai institusi. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan penyelidikan translasional berteraskan kaedah reka bentuk (design-based research). Kajian ini melibatkan temu bual pakar, analisis motif visual dan kolaborasi bersama penggiat industri batik tempatan. Dapatan menunjukkan penghasilan 5 komposisi motif blok batik yang berteraskan simbol dan nilai UPSI mampu menghasilkan reka bentuk visual autentik, beridentiti serta sesuai diaplikasikan dalam konteks penjenamaan rasmi universiti. Sumbangan kajian ini bukan sahaja memperkukuh imej korporat UPSI melalui batik sebagai medium warisan moden malah menyokong agenda nasional pemeliharaan warisan budaya, memperkayakan khazanah reka bentuk tempatan dan merangsang inovasi kreatif dalam industri batik Malaysia.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) is a historic teacher education institution with a legacy spanning over a century having undergone four stages of development beginning as Sultan Idris Training College (SITC, 1922–1977) followed by Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI, 1977–1987) then Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI, 1987–1997) and finally becoming UPSI in 1997. Each phase reflects the continuity of intellectual traditions, educational excellence and symbolic heritage of Malaysia’s national teacher training history. This study is significant as it adapts and visualizes the symbols, architectural forms and emblematic icons of these four eras as the foundation for the proposed motif design of Universiti Guru Batik (Batik UG) thereby strengthening the university’s corporate identity through a modern heritage medium. The primary objective is to design batik block patterns that embody UPSI’s visual identity based on its historical, cultural and institutional values. Employing a translational research approach grounded in design-based research, the study integrates expert interviews, visual motif analysis and collaboration with local batik artisans. Findings reveal the creation of 50 batik block motif compositions inspired by UPSI’s symbols and values, resulting in authentic and distinctive visual designs with potential for official institutional branding. The study contributes not only to reinforcing UPSI’s corporate image through batik as a medium of modern heritage but also supports national cultural preservation initiatives, enriches local design heritage and stimulates creative innovation within Malaysia’s batik industry.
