PELANCONGAN BERASASKAN ALAM SEMULA JADI DAN KEPUASAN PELAWAT: PENGAJARAN DARIPADA HUTAN LIPUR ULU BENDUL, NEGERI SEMBILAN
NATURE-BASED TOURISM AND VISITOR SATISFACTION: LESSONS FROM HUTAN LIPUR ULU BENDUL, NEGERI SEMBILAN
DOI:
https://doi.org/10.35631/JTHEM.1042011Keywords:
Ekopelancongan (Ecotourism), Tahap Kepuasan (Satisfaction Level), Imej Destinasi (Destination Image), Kualiti Perkhidmatan (Service Quality), Kemudahan (Facilities)Abstract
Pelancongan berasaskan alam semula jadi atau lebih dikenali sebagai ekopelancongan merupakan industri pelancongan yang berpotensi meminimumkan impak negatif terhadap alam sekitar dan sekaligus meningkatkan kesejahteraan manusia. Selain menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, ekopelancongan turut membantu merangsuang ekonomi masyarakat melalui tarikan destinasi yang berasaskan alam semula jadi. Hutan lipur di Malaysia, termasuk Hutan Lipur Ulu Bendul di Negeri Sembilan, memainkan peranan yang signifikan untuk menarik kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa. Kajian ini bertujuan menilai tahap kepuasan pelancong terhadap pengalaman ekopelancongan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Pendekatan kuantitatif digunakan melalui edaran soal selidik terhadap 200 responden dalam kalangan pelancong yang berada di sekitar kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Analisis data mendapati bahawa kepuasan pelancong dipengaruhi oleh beberapa faktor utama iaitu imej destinasi, kemudahan infrastruktur, dan kualiti perkhidmatan yang disediakan. Hubungan antara faktor-faktor tersebut menunjukkan korelasi yang positif dan signifikan terhadap tahap kepuasan pelancong secara keseluruhan. Hasil kajian ini memberikan implikasi penting kepada pihak pengurusan destinasi ekopelancongan agar dapat terus meningkatkan kualiti perkhidmatan, mengekalkan kelestarian alam semula jadi serta memastikan kemudahan sedia ada berada dalam keadaan baik. Penambahbaikan yang berterusan ini penting bagi memastikan pengalaman pelancongan yang berkualiti dan seterusnya menarik lebih ramai pengunjung pada masa akan datang.
The ability of ecotourism to reduce its negative impact on the environment and human well-being makes it a significant industry. Furthermore, the ecotourism industry helps to dominate the country's economy and population because there are various interesting locations to be used as tourist attractions. In addition, Malaysia's recreational forests play an important role in attracting tourists, whether from within the country or from abroad. The purpose of this study is to evaluate tourist satisfaction with the ecotourism area in Ulu Bendul Recreational Forest, Negeri Sembilan. Therefore, this quantitative study was conducted through the distribution of questionnaires to 200 respondents among tourists who are around the Ulu Bendul Recreational Forest area, Negeri Sembilan. The results of the study found that this ecotourism area gives satisfaction to tourists because there is a positive and significant relationship between tourist satisfaction which is influenced by the image of the destination, existing facilities and service quality. By implication, this study found that there are several suggestions for improvement by the management to maintain the sustainability of the environment to attract tourists.
