PENERBITAN DOKUMENTARI DRAMA (DOKUDRAMA): CABARAN PENERBITAN ‘TAYANG SEMULA’ DI MEDIA SOSIAL DIGITAL. KAJIAN NARATIF LITERATUR
Keywords:
Dokudrama, Media Sosial, Penerimaan Penonton, Naratif LiteraturAbstract
Penerbitan dokumentari berkembang pesat dengan evolusi teknologi. Dokudrama, sebagai genre kacukan, memperkayakan pengalaman penonton dengan menggabungkan elemen fakta dan fiksyen, memberikan pengalaman menonton yang unik. Penerbitan dokudrama melibatkan naratif seimbang antara realiti dan fiksyen dramatik, menciptakan genre "hybrid" yang menarik perhatian penonton dengan membangkitkan emosi dan keterlibatan watak dalam isu yang diketengahkan. Penggunaan media sosial sebagai platform untuk penerbitan dokudrama membawa cabaran tersendiri. Kebebasan penonton media sosial dalam memilih kandungan, bersama dengan perbezaan budaya dan perbezaan cara penontonan, dapat mempengaruhi penerimaan dan keterlibatan penonton. Selain itu, pengaruh media sosial terhadap tingkah laku penonton dan pembentukan komuniti dalam talian juga menjadi aspek penting terhadap tayangan semula dokudrama ini. Cabaran penerbitan tayang semula dokudrama di media sosial juga melibatkan perbezaan dalam penerimaan kandungan komersial dan kandungan semasa. Penyesuaian kepada trend penontonan video pendek dan adaptasi terhadap struktur penceritaan menjadi penting dalam usaha menjana minat penonton media sosial. Selain itu, faktor hak cipta, ketepuan penontonan, dan persepsi terhadap tayangan semula juga menjadi faktor yang perlu diberi perhatian. Makalah ini menggunakan metod penelitian desk research atau kajian literatur berbentuk naratif.