PENGARUH KESEDIAAN SIKAP, PEMBELAJARAN DAN KEROHANIAN TERHADAP PEMILIHAN KERJAYA KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR SISWAZAH
Keywords:
Pengaruh Kesediaan Keusahawanan, Sikap, Pembelajaran, Kerohanian, Pemilihan Kerjaya Keusahawanan, Pelajar SiswazahAbstract
Keusahawanan merupakan satu bidang yang menyediakan peluang kerjaya yang luas untuk diceburi. Usaha melahirkan generasi yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya memerlukan siswazah untuk mempunyai kesediaan dalam keusahawanan. Lambakan graduan menjadikan permintaan dan penawaran dalam sektor pekerjaan tidak seimbang. Tambahan pula, siswazah kurang terdedah dengan potensi kerjaya keusahawanan menjadikan bidang ini tidak dijadikan pilihan utama kerjaya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kesediaan sikap, pembelajaran, dan kerohanian terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar siswazah UKM Bangi, Selangor. Rekabentuk kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik melibatkan sampel seramai 375 pelajar yang terdiri daripada siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia kampus Bangi yang merangkumi pelajar semester satu hingga enam telah dipilih secara rawak. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kesediaan keusahawanan pelajar siswazah UKM adalah sangat tinggi namun pemilihan kerjaya keusahawanan pelajar adalah sederhana. Manakala kesediaan keusahawanan terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar siswazah UKM mempunyai pengaruh yang besar.