PENGLIBATAN MAHASISWA UKM DALAM BIDANG PERNIAGAAN DALAM TALIAN
Keywords:
Mahasiswa, Perniagaan dalam Talian, Kemahiran, Internet, MasaAbstract
Perniagaan dalam talian telah mencetuskan satu fenomena yang luar biasa dalam kalangan generasi sekarang,termasuklah dalam kalangan mahasiswa. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada penglibatan mahasiswa UKM di Kampus Bangi dalam menjalankan perniagaan dalam talian. Seramai 160 orang responden telah dipilih dalam kalangan pelajar mahasiswa UKM di Kampus Bangi. Objektif kajian adalah untuk menentukan hubungan di antara faktor kemahiran, faktor kemudahan internet dan faktor pengurusan masa terhadap penglibatan mahasiswa dalam perniagaan dalam talian.Data yang diperoleh melalui borang kaji selidik dianalisis dengan menjalankan analisis deskriptif dan Korelasi Pearson. Keputusan analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan signifikan diantara ketiga-tiga pemboleh ubah tidak bersandar iaitu faktor kemahiran, faktor kemudahan internet dan faktor pengurusan masa dengan pemboleh ubah bersandar iaitu penglibatan mahasiswa dalam bidang perniagaan dalam talian.