KESAN PEMBUDAYAAN WAKAF TERHADAP PEMBANGUNAN DANA KEWANGAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Authors

  • Mohd Shahid Azim Mohd Saufi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah
  • Muhammad Zarunnaim Haji Wahab Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah
  • Wan Mohd Amjad Wan Halim Universiti Utara Malaysia
  • Muhammad Hafis Mohd Hussain Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Raub

Keywords:

Kesan Pembudayaan Wakaf, Pembangunan Dana Kewangan, Institusi Pengajian Tinggi, Matlamat Pembangunan Mampan

Abstract

Pembudayaan wakaf merupakan satu instrumen yang terpenting didalam memajukan wakaf. Wakaf memainkan peranan sebagai sumber dana alternatif yang diperlukan dalam membangunkan sesebuah institusi. Selain itu, pendekatan wakaf ini mempunyai persamaan yang selari dari segi fungsinya seperti zakat. Ianya mampu untuk mendidik umat Islam yang mempunyai kelebihan dari sudut lebihan kewangan untuk menyumbang melalui kaedah berwakaf yang menjamin manfaat yang berkekalan. Pengajian tinggi merupakan keperluan yang besar bagi anak-anak muda untuk melanjutkan pendidikan. Walau bagaimanapun ianya memerlukan sokongan melalui sumbangan wakaf terutamanya kepada mereka yang tergolong sebagai golongan yang diklasifikasikan sebagai B40. Kaedah pembudayaan ini penting bagi memastikan amalan berwakaf terutamanya dalam kalangan masyarakat terus diperkasakan impak dari pembudayaan ini telah terbukti berkesan seperti yang telah berlaku di beberapa institusi pengajian tinggi di timur tengah. Kajian ini mengkaji kesan pembudayaan melalui instrumen wakaf terhadap institusi pengajian tinggi dengan mengguna pakai kaedah kualitatif. Data diperolehi melalui kajian kepustakaan dan menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan. Kajian ini akan memberikan dapatan berkaitan implikasi pembudayaan masyarakat dalam membangunkan dana kewangan institusi pengajian tinggi melalui kaedah wakaf.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-26

How to Cite

Mohd Shahid Azim Mohd Saufi, Muhammad Zarunnaim Haji Wahab, Wan Mohd Amjad Wan Halim, & Muhammad Hafis Mohd Hussain. (2024). KESAN PEMBUDAYAAN WAKAF TERHADAP PEMBANGUNAN DANA KEWANGAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT). ADVANCED INTERNATIONAL JOURNAL OF BUSINESS, ENTREPRENEURSHIP AND SME’S (AIJBES), 6(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/aijbes/article/view/4171