IMPAK PANDEMIK COVID-19 KEPADA GOLONGAN WANITA BEKERJAYA: SATU SOROTAN RINGKAS
Keywords:
Impak Pandemik, Covid-19, Wanita BekerjayaAbstract
Pandemik Covid-19 yang berlaku pada Mac 2020 telah membawa satu perubahan besar dalam kehidupan masyarakat dunia umumnya dan masyarakat Malaysia khasnya. Ianya bermula di wilayah Wuhan, China telah merebak dalam jangka masa yang pantas di seluruh dunia. Penularan wabak ini telah menyebabkan perubahan besar aktiviti manusia dalam sektor kerjaya, pendidikan, ekonomi, perlancongan dan banyak lagi. Bagi membendung penularan wabak ini, maka pihak kerajaan Malaysia telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) kepada semua. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi oleh wanita bekerjaya ini dalam tempoh pandemik. Kaedah yang dipilih adalah kajian kualitatif melalui laporan-laporan dari pelbagai pihak. Skop masa yang dipilih adalah bermula dari tahun 2020 sehingga 2022. Hasil kajian mendedahkan banyak impak yang telah dihadapi oleh kaum wanita yang bekerjaya semasa tempoh ini.