EKSPLORASI ZAT WARNA ALAM BATIK DALAM KONTEKS WARNA TRADISI ETNIK DI SABAH

Authors

  • Erren Jossie Baeren Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Humin Jusilin Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Keywords:

Warna Alam, Tekstil, Batik, Penguncian Warna, Etnik

Abstract

Warna tradisi telah wujud melalui beberapa penceritaan mitos berdasarkan peristiwa yang telah berlaku pada zaman dahulu dan diturunkan secara lisan. Pewarnaan alam iaitu bersumberkan alam semula jadi telah dipergiatkan dalam kalangan etnik di Sabah
khususnya dalam kraf tangan. Justeru itu, pelbagai metod dan campuran bahan alam diadunkan bagi menghasilkan pelbagai warna mengikut tempat dan etnik yang mendukungnya. Objektif kajian ini tertumpu kepada eksplorasi tumbuh-tumbuhan yang
berpontensi dalam penghasilan warna dalam bidang batik di Sabah. Dalam penyelidikan ini, eksperimentasi dilakukan secara sistematik yang melibatkan proses awal sehingga proses akhir untuk mendapatkan eksperimen warna. Bahan-bahan dalam eksperimen ini melibatkan tekstil, bahan alam dan bahan penguncian (pemati) warna. Eksperimen ini melalui tiga tahap iaitu bermula dengan proses mordanting, mengekstrak bahan alam dan penguncian warna (fixing). Penyelidik seterusnya menjalankan ujikaji terhadap zat warna tumbuhan terhadap kesan warna yang terhasil pada tesktil (kain). Bahan penguncian (pemati) warna yang digunakan adalah seperti tawas (Al2SO4), tunjung (FeSO4) kapur (CaCO3), sodium silicate,
daun betik dan limau nipis.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-12-15

How to Cite

Erren Jossie Baeren, & Humin Jusilin. (2019). EKSPLORASI ZAT WARNA ALAM BATIK DALAM KONTEKS WARNA TRADISI ETNIK DI SABAH . INTERNATIONAL JOURNAL OF CREATIVE INDUSTRIES (IJCREI), 1(2), 01–17. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijcrei/article/view/116