PENDEKATAN PERSEMBAHAN TEATER-TEATER BERUNSUR ISLAM DINSMAN

Authors

  • Fazilah Husin Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Nik Fazli Mohamad Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Zulkifli Mohamad Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Mohd Zariat Abdul Rani Universiti Putra Malaysia (UPM)

Keywords:

Teater Fitrah, Unsur Islam, Prinsip, Dinsman, Protagonis

Abstract

Kajian ini tertumpu kepada pendekatan persembahan yang digunakan oleh Dinsman dalam menampilkan isu yang berkaitan dengan Islam dalam teater “Menunggu Kata Dari Tuhan” (2016) dan “Tamu Dari Medan Perang” (2017). Kedua-dua teater ini dianalisis berasaskan Pendekatan Teater Fitrah yang menyenaraikan enam prinsip pementasan teater menurut perspektif Islam. Pendekatan ini berasaskan prinsip bahawa hakikat kehidupan manusia (fitrah) adalah untuk beribadah kepada Pencipta, yakni Allah SWT, termasuk melalui persembahan teater. Menurut Pendekatan Teater Fitrah, persembahan teater dapat menjadi manifestasi ibadah manusia kepada Pencipta melalui pengisian dan pelaksanaannya yang sesuai menurut ajaran Islam. Enam prinsip itu meliputi penyelesaian cerita yang berpihak kepada protagonis yang beriman kepada Allah SWT, watak yang sedar tentang hakikat pengabdian diri kepada Allah SWT, memanifestasikan perkataan tentang kejiwaan dengan niat yang baik, memanifestasikan keimanan kepada Allah SWT melalui tindaktanduk tertentu, mengandungi nilai-nilai Islam yang ditampilkan dengan tujuan untuk beribadah, serta menjaga etika dan tatasusila dalam pementasan teater. Data penyelidikan dikumpulkan melalui pemerhatian terhadap praktis pementasan secara langsung dan rakaman video. Kajian ini juga memberikan perhatian kepada isu dan permasalahan yang dibincangkan. Kedua-dua teater ini didapati mengangkat isu yang berbeza, tetapi mempunyai kaitan yang rapat dengan isu, sikap dan pemikiran masyarakat Islam. Teater “Menunggu Kata Dari Tuhan” memaparkan isu kepatuhan dan tindakbalas seorang Muslim terhadap suruhan Allah SWT dan Rasul-Nya. Isu berkaitan langsung dengan tingkah laku sebenar seorang Muslim ini memberikan contoh kepada khalayak tentang reaksi yang seharusnya dalam menghadapi sesuatu situasi. Sementara, “Tamu dari Medan Perang” membincangkan tentang jihad dan tanggapan masyarakat Islam sendiri terhadapnya. Kesimpulannya, watak-watak dan pengakhiran cerita dalam kedua-dua teater didapati selaras dengan prinsip-prinsip yang disenaraikan dalam Pendekatan Teater Fitrah. Dalam konteks pengarahan persembahan, kedua–dua teater menampilkan bilangan watak yang relatif kecil. Strategi ini memudahkan pengarah dalam mengawal pergerakan dan interaksi antara pelakon dengan pelakon yang lain, khususnya antara watak wanita dengan lelaki.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-12-15

How to Cite

Fazilah Husin, Nik Fazli Mohamad, Zulkifli Mohamad, & Mohd Zariat Abdul Rani. (2019). PENDEKATAN PERSEMBAHAN TEATER-TEATER BERUNSUR ISLAM DINSMAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF CREATIVE INDUSTRIES (IJCREI), 1(2), 18–28. Retrieved from https://gaexcellence.com/ijcrei/article/view/117