TAHAP KESEDIAAN DAN PENGGUNAAN MPEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU NOVIS PENDIDIKAN ISLAM DI SABAH
Abstract
Kajian tinjauan deskriptif ini dijalankan bagi mengetahui tahap kesediaan pelaksanaan m-pembelajaran, niat penggunaan dan penggunaan sebenar pendekatan tersebut oleh Guru Novis Pendidikan Islam (GNPI) yang berkhidmat di Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan soal selidik sebagai instrumen. Soal selidik telah dianalisis berdasarkan 319 orang responden yang terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian mencatatkan bahawa mereka memiliki persediaan asas dari segi pemilikan alatan m-pembelajaran dan kemahiran asas pengendalian peranti untuk tujuan pengajaran dan pemudahcaraan. Selain itu, niat yang positif untuk mengaplikasikan m-pembelajaran dibuktikan dengan dapatan dengan nilai mod 4 bagi semua item penggunaan sebenar. Semua dapatan ini tidak dipengaruhi oleh faktor jantina ataupun kawasan mengajar (sama ada bandar, luar bandar ataupun pedalaman).Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nur Atikah Miasan, & Tengku Sarina Aini Tengku Kasim. (2024). TAHAP KESEDIAAN DAN PENGGUNAAN MPEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU NOVIS PENDIDIKAN ISLAM DI SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2870
Issue
Section
Articles