BIMBINGAN DAN PEMENTORAN PEMBIMBING PAKAR PENINGKATAN SEKOLAH (SISC+) MENURUT PERSPEKTIF GURU DIBIMBING (GDB)

Authors

  • Wong Su Huong Pejabat Pendidikan Daerah Kapit
  • Nur Ain Elzira Binti Abdullah Pejabat Pendidikan Daerah Kapit

Abstract

Kajian berbentuk deskriptif ini dilakukan secara tinjauan melalui soal selidik ke atas guru-guru yang terlibat dengan bimbingan dan pementoran SISC+ di empat buah sekolah menengah di daerah Kapit, Sarawak untuk mencapai objektif-objektif yang dinyatakan. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau bimbingan dan pementoran SISC+ dalam Program Transformasi Sekolah dari perspektif GDB. Seramai 77 guru daripada empat buah sekolah menengah di daerah Kapit telah menjadi responden kajian ini dengan menjawab borang soal selidik yang telah disediakan. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa perspektif GDB terhadap profesionalisme SISC+ adalah positf dan terdapat hubungan yang signifikan antara perspektif guru dibimbing dengan amalan bimbingan SISC+. Dapatan ini jelas menunjukkan program bimbingan dan pementoran SISC+ telah diterima baik oleh guru dibimbing di sekolah. Kajian lanjutan yang lebih terperinci boleh dilakukan oleh penyelidik terhadap pelaksanaan Program Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) bagi melihat keberkesanan program tersebut dalam mencapai matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Wong Su Huong, & Nur Ain Elzira Binti Abdullah. (2024). BIMBINGAN DAN PEMENTORAN PEMBIMBING PAKAR PENINGKATAN SEKOLAH (SISC+) MENURUT PERSPEKTIF GURU DIBIMBING (GDB). INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2873