PENGALAMAN MENGAJAR DAN PELAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH MENENGAH
Abstract
Artikel ini berkaitan dengan kajian tentang hubungan antara pengalaman mengajar dan tahap pelaksanaan kaedah pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani sekolah menengah di salah sebuah daerah di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan. Responden yang terlibat adalah seramai 50 orang guru Pendidikan Jasmani sekolah menengah. Responden ini dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi mengumpul data kajian. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif seperti min, kekerapan dan peratusan. Manakala statistik inferensi ialah korelasi Pearson r. Hasil daripada analisis inferensi, didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengalaman mengajar dan tahap pelaksanaan kaedah pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani, r=0.12, p>0.05. Kajian ini menunjukkan bahawa pengalaman mengajar tidak mempunyai kaitan dengan tahap pelaksanaan kaedah pengajaran dalam kalangan guru Pendidikan Jasmani. Kesimpulannya, aspek pengalaman mengajar tidak dapat meningkatkan tahap pelaksanaan kaedah pengajaran dalam kalangan guru-guru Pendidikan Jasmani.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Syed Kamaruzaman Syed Ali, Norkhalid Salimin, & Mohd Izwan Shahril. (2024). PENGALAMAN MENGAJAR DAN PELAKSANAAN KAEDAH PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(13). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2876
Issue
Section
Articles