ANALISIS PENGGUNAAN AYAT MAJMUK PANCANGAN DALAM KARANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Authors

  • Norul Haida Hj.Reduzan
  • Normarini Norzan
  • Abdullah Yusof

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan ayat majmuk pancangan dalam karangan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Aspek yang diberi tumpuan dalam penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis penggunaan ayat majmuk pancangan yang terdapat dalam karangan pelajar, dan mengenal pasti kesalahan penggunaan ayat majmuk pancangan yang terdapat dalam karangan pelajar. Penyelidikan tertumpu kepada pelajar tingkatan satu sahaja. Sampel telah dipilih berdasarkan kepada 20 orang sahaja iaitu 10 pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif iaitu meneliti hasil karangan pelajar bagi objektif yang pertama dan kedua. Penyelidikan ini dilakukan berdasarkan buku Tatabahasa Asas Edisi Kedua iaitu karya Ahmad Khair Mohd Nor yang diterbitkan pada tahun 2014. Kajian ini juga menggunakan teori pelaziman Pavlov dimana pengkaji mengaitkan teori ini dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan ayat majmuk pancangan relatif adalah lebih tinggi berbanding ayat majmuk pancangan yang lain.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Norul Haida Hj.Reduzan, Normarini Norzan, & Abdullah Yusof. (2024). ANALISIS PENGGUNAAN AYAT MAJMUK PANCANGAN DALAM KARANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2934