TINJAUAN KECENDERUNGAN PELAJAR PINTAR, CERDAS DAN BERBAKAT DALAM SUBJEK SEJARAH MALAYSIA
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat kecenderungan pelajar pintar, cerdas dan berbakat (PCB) berasaskan jantina dalam subjek Sejarah Malaysia di Kolej PERMATApintar® Negara. Seramai 44 orang respondan telah dipilih secara bertujuan (purposive) bagi memenuhi keperluan kajian. Kesemua respondan terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan Asas 2 yang berumur dalam lingkungan 12-14 tahun. Instrumen skala likert telah digunakan bagi melihat item-item yang mempengaruhi kecenderungan pelajar (PCB) dalam subjek Sejarah Malaysia antaranya minat pelajar, sikap pelajar, pengaruh instruktor dan penglibatan ibubapa. Hasil dapatan kajian ini, majoriti para pelajar bersetuju bahawa item pengaruh instruktor memainkan peranan penting dalam menarik minat para pelajar dalam mendekati subjek ini dengan lebih berkesan. Selain itu, tiada perbezaan yang ditunjukkan di antara pelajar yang berlainan jantina dalam item minat dan sikap pelajar serta pengaruh instruktor. Berbeza dengan penglibatan ibubapa, ianya jelas menunjukan bahawa wujud perbezaan di antara pelajar lelaki dan perempuan. Manakala bagi kecenderungan pelajar terhadap subjek Sejarah Malaysia bagi pelajar yang berlainan umur, ianya sama sekali tidak menunjukan apa-apa perbezaan di antara umur mereka.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nurul Hafizah Ma’arof, Nurul Suzaina Joli, & Nur Nadia Lani. (2024). TINJAUAN KECENDERUNGAN PELAJAR PINTAR, CERDAS DAN BERBAKAT DALAM SUBJEK SEJARAH MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(20). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2935
Issue
Section
Articles