PENGARUH KEPIMPINAN DISTRIBUTIF TERHADAP EFIKASI KOLEKTIF GURU
Abstract
Artikel kajian ini ialah mengenai kepentingan kepimpinan dalam setiap pengurusan organisasi di sesebuah sekolah. Mengurus perubahan dalam pendidikan ini memerlukan kualiti kepimpinan yang mampu memberi impak yang positif terhadap kecemerlangan organisasi. Kajian ini bertujuan melihat hubungan antara kepimpinan distributif dengan efikasi kolektif guru. Selain dari itu, kajian ini juga untuk mengukur sejauh mana tahap kepimpinan distributif dan efikasi kolektif guru serta sumbangan dan pengaruh kepimpinan distributf terhadap efikasi kolektif di kalangan guru-guru sekolah kebangsaan di negeri Perak. Kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kuantitatif dengan reka bentuk kajian secara tinjauan berdasarkan soal selidik sebagai instrumen dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 22.0. Data dikumpul menggunakan persampelan secara rawak berstrata dan rawak mudah. Seramai 440 responden yang terlibat dalam kajian ini (143= lelaki; 297=perempuan). Dua analisis statistik telah digunakan iaitu analisis deskriptif untuk melihat tahap kepimpinan distributif dan efikasi kolektif guru dan analisis inferensi menggunakan korelasi Pearson untuk melihat hubungan antara dua pemboleh ubah serta ujian regresi berganda untuk melihat pengaruh dan sumbangan kepimpinan distributif terhadap efikasi kolektif. Dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap kepimpinan distributif berada pada tahap tinggi (min=4.106, SP=.456) dan efikasi kolektif guru juga berada pada tahap tinggi (min= 4.061, SP=.430). Manakala analisis korelasi menunjukkan kepimpinan distributif mempunyai hubungan positif dan signifikan terhadap efikasi kolektif guru dengan nilai r=0.486, p<0.001. Berdasarkan hasil ujian regresi, kepimpinan distributif telah memberi kesan dan pengaruh terhadap efikasi kolektif guru. Implikasinya pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan distributif mampu mempengaruhi meningkatkan efikasi kolektif guru.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Abdul Rahim Abdul Rashid, & Zahari Hashim. (2024). PENGARUH KEPIMPINAN DISTRIBUTIF TERHADAP EFIKASI KOLEKTIF GURU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2941
Issue
Section
Articles