TAHAP KECENDERUNGAN DALAM PEMILIHAN KERJAYA KEUSAHAWANAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL
Abstract
Kerjaya dalam bidang keusahawanan semakin berkembang dan menjadi faktor penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Bidang keusahawanan menyediakan peluang yang luas untuk diceburi sebagai satu bidang kerjaya. Usahawan menjadi kerjaya pilihan bagi generasi muda terutamanya di negara-negara maju tetapi bukan di Malaysia. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kecenderungan keusahawanan pelajar Kolej Vokasional serta hubungan yang signifikan antara tahap kecenderungan keusahawanan dengan pemilihan kerjaya pelajar Kolej Vokasional. Kajian yang menggunakan kaedah tinjauan dengan soal selidik sebagai instrumen utama serta proses persampelan rawak mengikut kadar telah digunakan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang responden pelajar semester akhir Kolej Vokasional. Hasil dapatan dianalisis menggunakan statistic deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecenderungan keusahawanan dan pemilihan kerjaya pelajar Kolej Vokasional adalah tinggi dan memberi kesimpulan bahawa pelajar mempunyai kecenderungan yang tinggi dalam bidang keusahawanan. Analisis statistik inferensi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dengan nilai r (30) = 0.373, p < 0.05, namun demikian kadar hubungan lemah. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan supaya pelbagai program ditingkatkan dan diteruskan agar kcenderungan pelajar-pelajar KV dapat ditingkatkan dalam bidang keusahawanan dan terus memilih usahawan sebagai kerjaya pilihan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mazirah Mohammad, & Norasmah Othman. (2024). TAHAP KECENDERUNGAN DALAM PEMILIHAN KERJAYA KEUSAHAWANAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2942
Issue
Section
Articles