CABARAN MEREALISASIKAN KEINGINAN KEUSAHAWANAN TERHADAP PEMILIHAN KERJAYA KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI

Authors

  • Wardati Najihah Adaham Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
  • Nor Aishah Buang Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia

Abstract

Umum mengetahui bahawa keinginan keusahawanan merupakan antara faktor yang mendorong ke arah kecenderungan pemilihan kerjaya keusahawanan. Kolej komuniti adalah antara institusi kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan modul keusahawanan di peringkat kebangsaan dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan di Malaysia. Namun, statistik dan kajian lepas tidak menunjukkan angka yang memberangsangkan. Kertas konsep ini akan membincangkan cabaran merealisasikan keinginan keusahawanan terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar kolej komuniti. Walaupun keinginan keusahawanan adalah merupakan faktor yang kuat dalam kecenderungan pemilihan kerjaya keusahawanan, namun masih terdapat faktor lain yang menjadi kekangan dan cabaran dalam merealisasikan keinginan tersebut. Antaranya ialah kurangnya keberhasilan keusahawanan dari sudut penglibatan belia yang akibatnya memudarkan keinginan keusahawanan itu sendiri, kurangnya kajian mengenai peranan kolej komuniti sebagai pemimpin keusahawanan yang seakan meminggirkan fungsi sebenarnya sebagai pemimpin keusahawanan dan ketidakpastian faktor penarik ke arah penglibatan belia di dalam bidang keusahawanan. adalah dicadangkan agar lebih kajian dilakukan terhadap punca keberhasilan keusahawanan yang rendah dan fokus kajian harus diberikan terhadap peranan pemimpin keusahawanan kolej komuniti. Adalah sangat penting bagi kita untuk melihat secara tuntas mengenai kekangan dan cabaran yang menghalang keinginan keusahawanan dalam kalangan pelajar kolej komuniti untuk memilih kerjaya keusahawanan setelah tamat graduasi kelak. Ini adalah sebagai langkah agar memastikan aspirasi keusahawanan yang dihasratkan oleh kerajaan kita menjadi kenyataan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Wardati Najihah Adaham, & Nor Aishah Buang. (2024). CABARAN MEREALISASIKAN KEINGINAN KEUSAHAWANAN TERHADAP PEMILIHAN KERJAYA KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2943