HUBUNGAN ANTARA KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN KEINGINAN KERJAYA KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Authors

  • Nasihah Sulaiman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
  • Radin Siti Aishah Radin A. Rahman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
  • Norasmah Othman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

Abstract

Pemilihan kerjaya keusahawanan masih lagi menjadi alternatif bagi generasi muda tidak kira selepas tamat pengajian mahupun persekolahan. Namun, kebanyakan pelajar menganggap bahawa bidang ini pilihan kedua atau terakhir kerana kurangnya kesedaran terhadap potensi kerjaya keusahawanan. Bertitik tolak daripada permasalahan berikut, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerapan kemahiran keusahawanan dan keinginan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Sabak Bernam. Tinjauan ini melibatkan seramai 186 pelajar sekolah menengah di Sabak Bernam dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap penerapan kemahiran keusahawanan dan tahap keinginan kerjaya keusahawanan berada pada tahap sederhana. Manakala, terdapat hubungan yang signifikan antara penerapan kemahiran keusahawanan dengan keinginan kerjaya keusahawanan bagi pelajar sekolah menengah di Sabak Bernam. Perbincangan dan implikasi kajian akan dibincangkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nasihah Sulaiman, Radin Siti Aishah Radin A. Rahman, & Norasmah Othman. (2024). HUBUNGAN ANTARA KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN KEINGINAN KERJAYA KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2944