HUBUNGAN KECERDASAN PELBAGAI GURU SAINS DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR PELAJAR
Abstract
Tujuan kajian adalah untuk mengkaji hubungan antara kecerdasan pelbagai yang dominan yang digunakan oleh guru dalam pengajaran sains dengan tahap kemahiran berfikir pelajar sekolah menengah atas. Seramai 37 orang responden guru sains dan 109 orang responden pelajar Tingkatan Empat terlibat dalam kajian ini dari enam buah sekolah di daerah Johor Bahru. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan dua soal selidik mengikut responden. Data diproses menggunakan IBM SPSS (Statisical Package for the Social Sciences) Versi 22. Statistik yang digunakan dalam kajian ini adalah min, sisihan piawai, Ujian-t, ANOVA dan Ujian Khi-Kuasa Dua untuk menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan kecerdasan pelbagai guru sains yang dominan adalah kecerdasan visual-ruang manakala tahap kemahiran berfikir pelajar menengah atas adalah tahap sederhana. Terdapat juga hubungan antara kedua-dua pembolehubah dalam kajian ini. Selain itu, masalah guru mengaplikasikan kecerdasan pelbagai dalam kelas turut dibincangkan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Sharifah Nasyura Syed Asni, Haziah Sa’ari, & Azmi Ab Rahman. (2024). HUBUNGAN KECERDASAN PELBAGAI GURU SAINS DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR PELAJAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2945
Issue
Section
Articles