PENTAKSIRAN UNTUK PEMBELAJARAN (PUP) Vs PENTAKSIRAN KEPADA PEMBELAJARAN (PKP) DALAM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PENDIDIKAN SENI VISUAL
Abstract
Pentaksiran dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan, akauntibiliti, pemulihan, diagnostik, dan bimbingan merupakan elemen penting pentaksiran bagi pembangunan pendidikan. Justeru, penambahbaikan sistem pentaksiran telah dibuat dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang melibatkan proses kumpul maklumat yang autentik oleh guru secara formatif dan sumatif. Objektif kajian ini untuk melihat fenomena pentaksiran untuk pembelajaran (formatif) dan pentaksiran kepada pembelajaran (sumatif) dalam PBS Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah rendah. Kajian dijalankan secara kualitatif melalui kaedah pemerhatian, temubual dan kajian dokumen. Dalam pentaksiran, proses keberhasilan sesuatu karya itulah yang merupakan aspek yang paling penting bagi seseorang murid untuk dinilai, Namun, dapatan kajian menunjukkan walaupun PBS sepatutnya lebih menekankan kepada Pentaksiran untuk Pembelajaran atau PUP (kognitif, psikomotor dan afektif), Pentaksiran Kepada Pembelajaran atau PKP (kognitif) masih diberi penekanan yang lebih dalam penilaian atas faktor jumlah pelajar, sikap guru, pengurusan dan persekitaran.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mazura Azeli, Jamilah Omar, & Khatijah Md Saad. (2024). PENTAKSIRAN UNTUK PEMBELAJARAN (PUP) Vs PENTAKSIRAN KEPADA PEMBELAJARAN (PKP) DALAM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PENDIDIKAN SENI VISUAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 3(21). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2948
Issue
Section
Articles