TAHAP PERSEPSI PENERIMAAN MURID MENENGAH RENDAH DAN ATAS TERHADAP PROSES PENGKAJIAN SEJARAH MELALUI PENGGUNAAN KOLEKSI SUMBER-SUMBER SEJARAH
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap persepsi penerimaan terhadap proses pengkajian sejarah melalui penggunaan koleksi sumber-sumber sejarah dalam kalangan murid menengah rendah dan menengah atas. Kajian ini berbentuk tinjauan secara deskriptif yang menggunakan soal selidik yang telah disahkan oleh pakar penilai dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik.Teknik persampelan rawak mudah telah digunakan dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap persepsi penerimaan dalam kalangan murid menengah rendah dan menengah atas terhadap proses pengkajian sejarah melalui penggunaan koleksi sumber-sumber sejarah berada pada tahap sederhana. Selain itu, tahap persepsi penerimaan murid menengah atas terhadap proses pengkajian sejarah adalah lebih tinggi berbanding dengan murid menengah rendah. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa guru-guru sejarah perlu melaksanakan proses pengkajian sejarah dengan menggunakan koleksi sumber-sumber sejarah dengan lebih intensif di dalam kelas.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
M.Kaviza. (2024). TAHAP PERSEPSI PENERIMAAN MURID MENENGAH RENDAH DAN ATAS TERHADAP PROSES PENGKAJIAN SEJARAH MELALUI PENGGUNAAN KOLEKSI SUMBER-SUMBER SEJARAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(24). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2963
Issue
Section
Articles