PENDIDIKAN KENEGARAAN MALAYSIA DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI: SATU TINJAUAN SOROTAN LITERATUR TERHADAP KEPENTINGAN ELEMEN KURIKULUM PATRIOTISME DAN NASIONALISME DALAM KALANGAN GENERASI Y

Authors

  • Rohani Hj. Ab Ghani
  • Zulhilmi Paidi Zul
  • Ahmad Shukri Abdul Hamid
  • Fahainis Mohd Yusof
  • Nor Azlah Sham Rambely
  • Mohamed Ali Haniffa

Abstract

Institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan pembekal tenaga sumber manusia profesional sesuai dengan keperluan negara. Pelajar-pelajar IPT majoritinya terdiri daripada Generasi Y didedahkan dengan kurikulum yang berbentuk teori dan praktikal sesuai dengan keperluan bidang kerjaya mereka nanti. Dalam pada itu juga, kurikulum di IPT turut digubal dengan mengambil kira kepentingan untuk membentuk para pelajar yang mempunyai kefahaman yang tinggi tentang negara. Ia juga bertujuan untuk memupuk nilai patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan mereka sesuai dengan matlamat pendidikan yang selari dengan Malaysian Education Blueprint. Oleh yang demikian, semua universiti di Malaysia diwajibkan untuk menawarkan subjek atau kursus yang berbentuk pembinaan bangsa dan kenegaraan. Kertas kerja ini merupakan sebahagian daripada penelitian mengenai kurikulum di IPT yang berkait dengan kursus-kursus yang sedemikian. Objektif utama penyelidikan adalah untuk membina untuk Rangka Kerja Kenegaraan Malaysia yang juga akan dikenali sebagai MY1N. Tumpuan kertas kerja tertumpu kepada idea-idea asas yang diperolehi daripada pandangan pengkaji-pengkaji sebelum ini mengenai isu-isu yang berkait dengan nilai-nilai kenegaraan dan pembinaan bangsa dalam kurikulum pendidikan di negara kita. Kertas kerja ini menggunakan metodologi kualitatif yang menggabungkan beberapa kaedah pengumpulan data termasuk temubual dan kajian perpustakaan. Hasil pandangan pengkaji terdahulu dan tokoh-tokoh yang ditemubual mendapati subjek-subjek tersebut merupakan sesuatu yang vital dalam sistem pendidikan peringkat tinggi. Selain dari itu ia juga perlu diperkemaskan dengan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang terkini. Ini kerana kaedah sedemikian lebih menarik minat dan menjadi pilihan Generasi Y dan akan menentukan keberkesanannya dalam meningkatkan perasaan kenegaraan dan kebangsaan dalam kalangan mereka.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Rohani Hj. Ab Ghani, Zulhilmi Paidi Zul, Ahmad Shukri Abdul Hamid, Fahainis Mohd Yusof, Nor Azlah Sham Rambely, & Mohamed Ali Haniffa. (2024). PENDIDIKAN KENEGARAAN MALAYSIA DI INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI: SATU TINJAUAN SOROTAN LITERATUR TERHADAP KEPENTINGAN ELEMEN KURIKULUM PATRIOTISME DAN NASIONALISME DALAM KALANGAN GENERASI Y . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(24). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2964