KEBERKESANAN SUBJEK MATAPELAJARAN UMUM (MPU) DALAM MEMPERKASA BAHASA MELAYU: SATU TINJAUAN AWAL
Abstract
Usaha dalam memperkasakan dan memartabatkan Bahasa Melayu merupakan sebuah agenda yang signifikan di Malaysia. Hal ini kerana ia memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan negara seperti yang diiktiraf dalam Perkara 152 perlembagaan Malaysia. Disebabkan itu Kementerian Pendidikan telah mengambil pelbagai pendekatan dan inisiatif dalam mengembalikan martabat dan kelangsungan medium utama komunikasi ini. Antara langkah yang diambil adalah mewajibkan pengambilan subjek mata pelajaran umum (MPU) dalam kalangan pelajar Institusi Pelajar Tinggi (IPT) yang terdiri daripada awam mahupun swasta yang diajar dalam Bahasa Melayu, seperti subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia serta Hubungan Etnik. Namun begitu, adakah objektif Kementerian Pendidikan berjaya memenuhi hasrat dalam memartabatkan bahasa Melayu? Oleh itu, kajian ini akan menganalisis secara kritikal keberkesanan subjek dalam memperkasa bahasa Melayu melalui para pelajar di sebuah universiti swasta Selangor. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif, iaitu temu bual berkelompok dengan memilih 21 responden secara rawak. Soalan temu bual memfokuskan kepada persepsi pelajar, cabaran serta solusi memartabatkan Bahasa Melayu dalam mendapatkan hasil kajian yang koheran. Hasil kajian mendapati kerajaan berjaya mencapai objektif namun beberapa mekanisme perlu ditambah baik agar relevan dengan keadaan semasa.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nurul Farhanah Mohd Nasir, Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan, Alan Tan Yee Hock, Oh Siew Pei, Abdul Latiff Hj. Jamaludin, Nurhani Hazirah Ahmad Hamidi, & Norfaizadatul Akma Mohamad Maswan. (2024). KEBERKESANAN SUBJEK MATAPELAJARAN UMUM (MPU) DALAM MEMPERKASA BAHASA MELAYU: SATU TINJAUAN AWAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(24). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/2971
Issue
Section
Articles