KESAN SIMULASI LITAR ELEKTRONIK BERKOMPUTER TERHADAP PRESTASI, MOTIVASI DAN KBAT PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN RBT DI SEKOLAH MENENGAH
Abstract
: Simulasi litar elektronik berkomputer merupakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi memudahkan pelajar mempelajari mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Objektif kajian ini adalah untuk menilai kesan penggunaannya terhadap prestasi, motivasi dan KBAT pelajar sekolah menengah yang memfokuskan kepada cara penyambungan litar pendawaian asas yang betul berdasarkan litar skematik yang diberi dengan pengawasan atau bantuan daripada guru. Simulasi yang digunakan iaitu Livewire dapat menilai kesan penggunaannya terhadap prestasi, motivasi dan KBAT pelajar sekolah menengah. Proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menjadi lebih mudah kerana pelajar dapat mengesan di samping mengetahui kesalahan dalam penyambungan pendawaian yang diberi. Simulasi litar elektronik ini mampu memberi kebolehan kepada para pelajar untuk membaca, mentafsir serta memindahkan litar pendawaian kepada litar skematik. Sample kajian seramai 30 orang pelajar di sebuah sekolah di daerah Kota Setar, Kedah. Kaedah yang digunakan adalah ujian berbentuk ujian T-sample berpasangan dan borang kaji selidik untuk membuat perbandingan sebagai data pengukuran. Kesimpulannya, penggunaan litar elektronik berkomputer memberi kesan untuk meningkatkan prestasi, motivasi dan aplikasi KBAT dalam mata pelajaran RBT di sekolah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Abu Bakar Ibrahim, Faridah Hanim Yahya, Nurul Husna Kahar, & Nurul Ihsaniah Omar4. (2024). KESAN SIMULASI LITAR ELEKTRONIK BERKOMPUTER TERHADAP PRESTASI, MOTIVASI DAN KBAT PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN RBT DI SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3006
Issue
Section
Articles