KEPENTINGAN AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD 21 TERHADAP PEMBANGUNAN PELAJAR
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru terhadap kepentingan amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 dalam sesi PdP mereka bagi tujuan pembangunan pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data dari sampel kajian. Instrumen kajian diadaptasi dan diubahsuai dari model Partnership for 21st Century Skills mengikut keperluan persoalan kajian. Soal selidik mengandungi lapan dimensi amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Pemilihan sampel kajian menggunakan persampelan secara rawak. Sampel kajian terdiri daripada 242 orang guru daripada 34 buah sekolah di daerah Kinta Utara, Perak. Berdasarkan dapatan kajian, tiga kemahiran amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 guru di daerah Hulu Kinta yang tertinggi adalah dimensi kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi dan kemahiran pemikiran kritikal. Manakala dimensi amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 yang terendah adalah adalah dimensi kemahiran kolaborasi. Dapatan menunjukkan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 mendorong emosi pelajar dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dimana berada pada tahap min yang tinggi. Hasil kajian membuktikan amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 memberi impak yang positif kepada pembangunan pelajar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Noor Lela Ahmad, Sho Sin Looi, Hariyaty Ab Wahid, & Rohaila Yusof. (2024). KEPENTINGAN AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD 21 TERHADAP PEMBANGUNAN PELAJAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 4(28). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3007
Issue
Section
Articles