IMPLEMENTASI TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER DALAM PEMBANGUNAN MODUL ROBOT M-SOLAT
Abstract
Modul Robot M-Solat merupakan modul yang dibangunkan khas untuk pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) solat. Modul ini dibangunkan berdasarkan keperluan memaksimumkan penguasaan teori dan amali solat bagi meningkatkan tahap pelaksanaan solat dalam kalangan murid. Pembangunan modul ini mengimplementasikan penggunaan peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam modul ini bagi mengalakkan murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran dan pemudahcara (PdPc). Peneguhan positif dan peneguhan negatif merupakan dua elemen penting dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam pendidikan dan mencadangkan implementasi elemen ini dalam pembangunan Modul Robot M-Solat. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen. Pencarian bahan-bahan ilmiah seperti artikel jurnal, kertas persidangan, tesis dalam bentuk digital dan bukan digital dilakukan dengan menggunakan kata kunci “peneguhan positifâ€, “peneguhan negatif†dan “Teori Pelaziman Operan Skinnerâ€, “solat†dan “modulâ€. Dapatan kajian menunjukkan peneguhan positif dapat diimplementasikan dalam Modul Robot M-Solat dengan pemberian bintang, pemberian kad anugerah, penghormatan dan pujian daripada guru atau Robot M-Solat. Manakala, penggunaan peneguhan negatif pula digunakan dengan pemberian kad penalti, teguran, nasihat, masa dan tugasan tambahan semasa proses pembelajaran dan pemudahcara (PdPc) berlangsung.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Siti Fauziah Mohd Amin, Sabariah Sharif, Mad Nor Madjapuni, & Muralindran Mariappan. (2024). IMPLEMENTASI TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER DALAM PEMBANGUNAN MODUL ROBOT M-SOLAT. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(35). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3160
Issue
Section
Articles