PENGUKURAN KESAHAN, ANALISIS FAKTOR DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN PERSEPSI KEBERGUNAAN TERHADAP PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DALAM KALANGAN GURU REKA BENTUK TEKNOLOGI SEKOLAH MENENGAH

Authors

  • Nazaruddin Abdul Hadi Department of Educational Studies, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mahizer Hamzah Department of Educational Studies, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mohd Hafiz Md Hanif Department of Educational Studies, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap instrumen persepsi kebergunaan dalam kalangan guru reka bentuk teknologi (RBT) sekolah menengah memanfaatkan penggunaan telefon pintar dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Seramai 125 orang guru RBT terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan kebolehpercayaan alpha Cronbach dan analisis penerokaan faktor (EFA) dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil analisis mendapati nilai alpha Cronbach yang diperoleh adalah 0.782 untuk persepsi kebergunaan iaitu melebihi 0.60. Keputusan daripada EFA menunjukkan konstruk persepsi kebergunaan dengan nilai Eigen melebihi 1.0. Konstruk persepsi kebergunaan mempunyai nilai KMO (Kaiser-Meyer-Olkin) 0.734 > 0.5 menunjukkan item-itemnya mencukupi untuk inter-korelasi dan ujian Bartlett adalah signifikan (Chi Square 441.43, p <0.05), nilai anti-image (Measure of Sampling Adequancy - MSA) untuk korelasi item melebihi 0.5 dengan empat item iaitu D7, D8, D9, D10 dan D11 perlu disisihkan kerana nilai yang diperoleh kurang daripada 0.50 serta nilai jumlah varians yang dijelaskan adalah 63.54 peratus. Keseluruhan dapatan menunjukkan bahawa item-item bagi instrumen persepsi kebergunaan dapat mengukur dan menjawab objektif kajian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nazaruddin Abdul Hadi, Mahizer Hamzah, & Mohd Hafiz Md Hanif. (2024). PENGUKURAN KESAHAN, ANALISIS FAKTOR DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN PERSEPSI KEBERGUNAAN TERHADAP PENGGUNAAN TELEFON PINTAR DALAM KALANGAN GURU REKA BENTUK TEKNOLOGI SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 5(36). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3184