KELESUAN ZOOM DALAM KALANGAN PELAJAR PRASISWAZAH

Authors

  • Ameer Fuhaili Mohamad Hashim Fakulti Sains Gunaan & Kemanusiaan, Univesiti Malaysia Perlis
  • Mohamad Hashim Othman Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
  • Liley Afzani Saidi Jabatan Pengurusan, Fakulti Pengajian Dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan National Mala

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian telah menjadi platform dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kalangan pelajar prasiswazah sejak penularan wabak COVID-19. Keadaan ini telah mencetuskan kelesuan dalam kalangan pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kelesuan ZOOM dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Pendekatan keratan rentas diaplikasikan dalam kajian ini. Seramai 215 orang pelajar terlibat dalam kajian ini sebagai sampel. Pengumpulan data dilakukan menggunakan Skala “Zoom & Exhaustion Fatigue†(ZEF: Fauville et al., 2021) yang merangkumi 15 item yang digunakan untuk menilai tahap kelesuan antara pelajar lelaki dan perempuan, Analisis data dilakukan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan mengalami kelesuan ZOOM pada tahap sederhana diikuti tahap tinggi dan tahap rendah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Ameer Fuhaili Mohamad Hashim, Mohamad Hashim Othman, & Liley Afzani Saidi. (2024). KELESUAN ZOOM DALAM KALANGAN PELAJAR PRASISWAZAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3441