KRISIS REMAJA DAN INTERVENSI
Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka krisis remaja dari aspek jenis, punca dan kesan krisis. Kajian turut meneroka intervensi krisis yang berkesan dalam menangani isu krisis remaja. Seramai 12 orang guru Bimbingan dan Kaunseling dan 49 orang remaja dipilih secara pensampelan bertujuan dari sekolah di zon utara Semenanjung Malaysia. Pengumpulan data adalah melalui temu bual separa berstruktur. Data dianalisis secara analisis tematik bagi menjawab objektif kajian. Keputusan mendapati remaja mengalami krisis situasi dan krisis perkembangan. Punca krisis remaja adalah capaian internet yang kurang stabil, tanggungjawab sebagai anak yang perlu menguruskan kerja rumah semasa ibu bapa bekerja, sikap yang suka memendam perasaan dan keraguan terhadap kebolehan diri dan keadaan keluarga yang kurang berkemampuan. Kesan krisis ditunjukkan secara kognitif, emosi, tingkah laku dan fisiologi. Intervensi krisis berkesan ialah melalui pembinaan rapport, hubungan antara guru dan pelajar yang baik. Selain itu, remaja lebih cenderung mencari alternatif sendiri seperti menceritakan kepada rakan-rakan, menerapkan pendekatan spiritual dan rohani serta mendengar muzik sebagai langkah intervensi bagi menghilangkan pemikiran dan perasaan negatif. Dapatan kajian ini berupaya menyumbang kepada ilmu pengetahuan yang dapat dikongsikan kepada individu yang mengalami krisis dan yang mengendalikan krisis.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Lia Nazia Naziera Hasanuddin, & Nor Shafrin Ahmad. (2024). KRISIS REMAJA DAN INTERVENSI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3446
Issue
Section
Articles