TAHAP KESEDIAAN GURU TERHADAP PERLAKSANAAN PENDIDIKAN ABAD KE 21 DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH KUALA LANGAT
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kesediaan guru terhadap perlaksanaan pendidikan abad ke 21 dalam kalangan guru-guru sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 132 orang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Daerah Kuala Langat telah dipilih dengan kaedah persampelan rawak sebagai sampel kajian. Analisis deskriptif dan analisis inferensi digunakan dalam menjawab persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru terletak pada tahap yang tinggi dengan nilai min 3.83 dan sisihan piawai 0.298. Implikasi daripada kajian ini dapat dilihat menerusi guru-guru dapat mengetahui tahap kesediaan yang dimilikinya terhadap perlaksanaan pendidikan abad ke 21 terutamanya, dalam aspek kognitif, tingkah laku dan afektif guru terhadap perlaksanaan pendidikan abad ke 21. Selain itu, dengan melaksanakan kajian ini turut menjadi panduan kepada guru-guru dalam mengenali kepentingan aspek pengetahuan dan kemahiran yang menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan abad ke 21 di sekolah rendah. Maka, semua pihak terutamanya guru-guru di sekolah yang memainkan peranan sebagai golongan pelaksana harus menyediakan diri dalam menghadapi setiap perubahan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan demi kebaikan murid.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Yuvaneswari Raman, Norazimah Zakaria, Mohd Syaubari Othman, & Mohd Afifi Setambah. (2024). TAHAP KESEDIAAN GURU TERHADAP PERLAKSANAAN PENDIDIKAN ABAD KE 21 DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI DAERAH KUALA LANGAT. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3490
Issue
Section
Articles