KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN SOSIAL DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH USAHAWAN AL-AMIN
Abstract
Keusahawanan sosial belum sepenuhnya menjadi pilihan usahawan mahupun penyelidik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh sikap, norma sosial, dan persepsi kawalan tingkah laku terhadap kecenderungan keusahawanan sosial murid Sekolah Menengah Usahawan Al-Amin. Objektif kajian ini untuk i) mengenal pasti tahap sikap, norma sosial, dan persepsi kawalan tingkah laku dan kecenderungan keusahawanan sosial pelajar SM Usahawan Al-Amin ii) mengenal pasti pengaruh sikap, norma sosial, dan persepsi kawalan tingkah laku terhadap kecenderungan keusahawanan sosial murid SM Usahawan Al-Amin. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan melalui soal selidik. 63 murid kursus keusahawanan berumur 13 hingga 17 tahun telah dipilih secara rawak. Teori Tingkah Laku Terancang adalah asas untuk menyelesaikan jurang isu dan melaksanakan kajian. Data dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 26 untuk mendapatkan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecenderungan, sikap, dan norma sosial keusahawanan sosial adalah sederhana tinggi. Sebaliknya, persepsi kawalan tingkah laku adalah pada tahap sederhana rendah. Nilai varians sikap, norma sosial, dan persepsi kawalan tingkah laku terhadap kecenderungan keusahawanan sosial ialah 12.476 dan signifikan. Sikap adalah pengaruh terbaik terhadap kecenderungan keusahawanan sosial. Keputusan analisis regresi berganda menunjukkan sikap menyumbang 47.8 peratus berbanding persepsi kawalan tingkah laku 13.4 peratus dan norma sosial hanya 11.1 peratus. Secara ringkasnya, murid SM Usahawan Al-Amin didapati mempunyai sikap terhadap keusahawanan sosial. Oleh itu, murid memerlukan pendedahan kepada pelbagai kemahiran, pengetahuan, dan pendekatan yang sesuai melalui pendidikan keusahawanan untuk membina minda dan jati diri keusahawanan sosial. Justeru, implikasi kajian ini dapat mengukuhkan lagi penggunaan Teori Tingkah Laku Terancang melalui nilai varian 38.8 peratus. Diharap dapatan kajian ini dapat digunakan untuk mereka bentuk program keusahawanan sosial bagi memupuk sikap keusahawanan sosial dan meningkatkan tahap sikap, norma sosial, dan persepsi kawalan tingkah laku untuk meningkatkan kecenderungan keusahawanan sosial.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nur Azila Suriadi, & Radin Siti Aishah Radin A Rahman. (2024). KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN SOSIAL DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH USAHAWAN AL-AMIN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(48). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3561
Issue
Section
Articles